Thursday, September 29, 2005

Tulip

Aku tak tahu kenapa aku begitu gemar dengan bunga tulip... apa istimewanya tulip ya? apa personaliti yg boleh digambarkan... dan apa simboliknya tulip ni dalam kehidupan..? ermm aku masih tertanya2.... katanya... aku dan tulip banyak persamaan.. haaaa?? huhuh lagi aku tak paham... mana nak sama bunga dgn org kwang3x...

Oh ya... I'm not updating my blog for bout 2 days.... Insyaallah jika dipanjangkan usia aku akan mengomel lagik di sini *wink*... Jangan rindu rinduan ye hihihih.... Makin lama aku semakin gemar 'mengusiknya' disini *wink lagi*

Tuesday, September 27, 2005

Happy Birthday TINA SAYAM

Persediaan Ramadhan

Artikal kat bawah aku amik dr fwd email....

Persediaan kita menyambut Ramadhan AlMubarak 1425Hijrah.

Sejarah Ramadhan

1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin
dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan

1) Kamu akan di naungi Ramadhan.
(bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki - memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan - pengampunan,
10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan

1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya
dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu. Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10)Sahur diwaktu akhir
11)Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan
pedas dan tutup sahur dengan air susu
12)Mandi Janabat sebelum Imsak
13)Kurangkan tidur
14)Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15)Tunaikan Solat Dhuha
16)Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17)Tunaikan solat Rawatib
18)Jaga pacaindera
19)Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20)hadiri majlis ilmu
21)Buat baik pd ibubapa
22)Isteri hendaklah taat pd suami
23)Banyakkan bersedekah
24)Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25)Berbuka bersama org tua
26)Jemput tetamu berbuka
27)Kurangkan berat badan
28)Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29)Baiki hubungan suami isteri
30)Baiki hubungan jiran
31)Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32)Elakkan berbelanja berlebihan
33)Kuatkan kesabaran
34)Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih
35)Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36)Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37)Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38)Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39)Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40)Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41)Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42)Melazimkan solat waktu
43)Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44)Elakkan banyak berhutang
45)Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu
lagi dengan Ramadhan akan datang
46)Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)

1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih
berjemaah di masjid/surau,ini sudah dikira beramal Al Qadar

2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
- Baca ayat akhir surah Al Baqarah
- Baca ayat Kursi
- Baca surah Yaasin
- Baca surah Al Zalazah
- Baca surah Al Qafirun
- Baca surah Al Ikhlas

3)Bagi orang yamg kuat dan cergas
- Bangunkan isteri dan anak
- Mandi
- Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al
Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )

- Tarikh turunnya Al Quran
- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Cara Sambut Hari Raya

Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai
kemungkaran dan kemaksiatan,Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal
(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir.
Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir
Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat
Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh
orang yg meninggal duni dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di
pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa,
sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka Oleh itu janganlah terlalu
gembira dan
ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita
maka anak2 akan ingat kpd kita

Takbir Di Malam Raya
Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat,
bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk,
kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di
akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian
dirakamkan di dalam Takbir.

Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh
keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn
amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama
manusia.
Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg
baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di
Ramadhan yang akan datang.

*Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik
angin.... Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca
doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri,anak,suami dll). Insyaallah
cuba amalkan.

Wallahua'llam.

***Sama2 kita manfaatkannya

Salam Ramadhan utk semua

Sya'ban semakin hampir ke hujungnya... Sikit hari lagi Ramadhan akan tiba. Waaa sebak pula rasanya... Aneh sungguh perasaan ni... Rasa nak menitis air mata pun ada gak... Semoga aku berkesempatan melalui Ramadhan kali ni... dan semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari Ramadhan sebelumnya... Lebih baik dari segi penghayatan dan amalan yang aku lakukan... Sebaknyaaaa iskisk... Ntah eh sebak sgt sebab teringat dosa2 lalu.. apa yang dilakukan satu ketika dulu... ermm cam flashback lak eheee... tingat 'kenakalan' masa kat kampus (eheee nakal ke? kuikuikui)... macam2lah... waaaa dan tak lama lagi Ramadhan menjelma lagi.... adehh cepat jek masa berlalu kan... hehe hidup harus memandang ke hadapan ! Bak kata mama.. jadikan apa yang berlaku macam iklan atau selingan dlm hidup hehe.... kalau takde iklan atau selingan... hidup kita takde thrill kwang3x... bukan main mama aku ni ahakss... dia lupa lah tu selingan atau iklan yg aku buat masa kat kampus dulu... hampir2 wat dier kene serangan sakit jantung... kwang3x... sungguh 'thrill' kuikuikui... erkk dia tau nih.. abis aku !! eheh....

Sunday, September 25, 2005

Satu rasa

Kenapa aku rasa ada org selalu sangat salah faham dengan apa yang aku cuba sampaikan.. Bila aku ckp begini kenapa mesti dia faham begitu... Keadaan ni pernah berlaku satu waktu dulu.. dan ketika itu memang aku abaikan rasa tersebut sampai semuanya terbongkar dan memang aku tidak tahu apa2 mengenainya.. cuma salah faham... tapi salah faham tu benar2 buat aku terasa hati...

Dan kini.... satu rasa itu wujud kembali.. keadaannya sama cuma mungkin situasinya berbeza... dan kali ini tentang apa yang aku perkatakan... ermmm ntahlah... sebab tu kadang2 aku rasa malas utk bersuara... biarlah aku diam seribu bahasa dari menambah prasangka lainnya... bila satu rasa ini ada... rasa malas nak memblog pun ada sebabnya dari sini juga sumber2 diambil.. aku faham penafsiran org kadangkala lain malah ada yang langsung berbeza dari apa yang cuba disampaikan... tapi tafsiran itu benar2 membuat aku terhiris... bukan sebab apa.. sebab aku percaya pada dia.... sebab aku rapat dgn dia... dan aku rasa dia kenal diri aku... bagaimana mungkin tuduhan sebegitu dilemparkan padaku...?

Image hosted by Photobucket.com

Saturday, September 24, 2005

'The unexpexted'

Cumel eh gambo seal kat bawah ni keke... minat betul... aksi menggoda tu.. Marilaa marilaa hihih... cumel sangat... rasa cam nak peluk2 jek hehe...

Image hosted by Photobucket.com


There's too many unexpected things happen in my life lately... tapi tu semua takkan bisa menggugat apa yang dah aku usahakan. Ya... mungkin aku terlalu mengambil mudah tentang insan2 di sekelilingku tapi itu tak bermakna aku tidak endah... tidak ambil peduli apa yang cuba disampaikan... Aku masih lagi pegang kata2 kalian semua... pegang dan jadikan ia sebagai rujukan dan pedoman... juga sebagai ingatan. Kerana aku kenal diri sebagai seorang aku yang mudah sangat terlupa...

Aku kata... utk apa kita mencipta musuh?
Dia jawab... Ya benar tu... memang benar dgn mencipta musuh kita tak dpt apa2... tapi Na takkan rugi apa2 kalau Na hilang org seperti itu walau cuma sebagai kawan....
Aku kata... tapi saya cuma berlaku jujur dgn perasaan saya... sbb saya rasa sekarang semua pun dah berlalu... takde apa yang tertinggal sebab semuanya sudah jelas..
Dia jawab... Buat apa berlaku jujur pada org yang tak layak utk kejujuran tu
Aku kata lagi... tapi macam mana saya nak tau org mana yg patut dpt dan org mana yang tak layak...? saya rasa semua org berhak walau siapapun dia.... utk memaksa org jujur pada kita memang mustahil... tapi kita ni yg utama.. jujur tu kan penting..
Dia jawab lagi... Tu bukan jujur tu bendul
Aku cakap... aaaaa sampai hati... nape bendul pulak (aku memang cukup sensitif dgn perkataan yg satu ni keke)abis tu... apa yang saya buat ni salahla...
Dia balas... Jangan jadi macam kancil yang melepaskan buaya tersepit...
Aku bingung... errr citer sang kancil plak dah huhuhuhuhu ade ke citer tu? bukan kerbau ke?
Dia malu... hehe yeke.. alamak salah ke haha...

Penat aku gelak... ntahpape yg kitorang borak... dari benda serius terus ke perbualan merepek... lepas tu ntah melalut2 ke cerita apa ntah kuikuikui... Aku akan pertahankan apa yang pegang.... Aku cuma perlu tekadkan hati... apa2 yang aku lakukan adalah berakarkan dan berpaksikan satu perkara... Aku mau satu... satu itu sudah memadai utk aku meneruskan kehidupan aku... Aku cuma mau redha tuhanku.....

Friday, September 23, 2005

Lagi Tentang hati

Suka benar aku berbicara tentang hati kan? keke... mungkin dalam fasa membersihkan hati eheeee terasa poyo pula ayat ni kuikuikui.... Hari ni aku terbaca artikal tentang Resonansi Hati atau dalam bahasa melayunya Hati yang bergetar. Memang menarik informasi tu. Hati akan menghasilkan getaran dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Samada perkara baik ataupun tidak dan hati akan menghasilkan getaran mengikut tindakan yang kita lakukan. Kalau baik, halus getarannya dan sebaliknya kalau tidak getaran yang dihasilkan akan menjadi kasar. Dan seterusnya jika hati cenderung utk menghasilkan getaran2 yang kasar sahaja... tak mustahil kita akan mendapat sakit jantung.... kuakuakua suka2 hati aku saja menaip statement ni ahak.....

Eheee kalau ada siapa2 yang mengidap sakit jantung dan membaca entri aku kali ni.... dah pasti marah dengan statement aku kerana secara tak langsung aku membuat kesimpulan... orang yang selalu berbuat jahat cenderung utk mendapat penyakit jantung. Walhal kita tau PEMAKANAN kita merupakan faktor utama pada tiap penyakit yang hinggap pada diri kita (selain dari faktor usia dan keturunan). Seperti menjatuhkan hukuman pula ayat aku tadi... Maaf ya.. Jangan tersilap dalam memahami apa yang cuba saya sampaikan... Cuba Klik sini untuk baca selanjutnya. Mungkin anda akan lebih mengerti maksud entri saya kali ini.

Wah... teringin memiliki hati seperti yang digambarkan dlm artikal tu... memiliki hati yang bersih.... bukan saja menenangkan diri tapi mampu untuk menarik orang2 di sekeliling sama2 menjalani kehidupan yang tenang bersama2 dgn kita. hehe tinggi betul cita cita kuikuikui...

Tuesday, September 20, 2005

Aku dan Diriku

Image hosted by Photobucket.com

Kenny Remy Martin - Suratan atau Kebetulan

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau hanya satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

( korus 1)
Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

( korus 2 )
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus


Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan


( ulang dari korus 1)

Saturday, September 17, 2005

My Happy Ending

Avril Lavigne - My Happy Ending

So much for my happy ending
Oh oh, oh oh, oh oh...

Let's talk this over
It's not like we're dead
Was it something I did?
Was it something You said?
Don't leave me hanging
In a city so dead
Held up so high
On such a breakable thread

You were all the things I thought I knew
And I thought we could be

[Chorus:]
You were everything, everything that I wanted
We were meant to be, supposed to be, but we lost it
And all of the memories, so close to me, just fade away
All this time you were pretending
So much for my happy ending
Oh oh, oh oh, oh oh...


You've got your dumb friends
I know what they say
They tell you I'm difficult
But so are they
But they don't know me
Do they even know you?
All the things you hide from me
All the stuff that you do

You were all the things I thought I knew
And I thought we could be

[Chorus]

It's nice to know that you were there
Thanks for acting like you cared
And making me feel like I was the only one
It's nice to know we had it all
Thanks for watching as I fall
And letting me know we were done


[Chorus x2]

[x2]
Oh oh, oh oh, oh oh...
So much for my happy ending

Oh oh, oh oh, oh oh...

Friday, September 16, 2005

Membina hati memperkukuh diri

Hati adalah cermin dari segala perbuatan kita. Begitulah kata2 yang tertera pada artikal Membina hati yang lembut dan penyantun. Bacalah dan sama2 kita memanfaatkannya.

Aku teringat akan kata2 'seseorang' satu waktu dulu. Kalau hendak menimba ilmu.. kita perlu kosongkan minda kita. Aku bertanya apa rasionalnya kerana bagiku persediaan semasa kita belajar juga perlu ada. Sekurang kurangnya minda kita tidak kosong dan hanya menerima sahaja apa yang diajarkan. Dan 'seseorang' itu berkata dan menyuruh aku ibaratkan minda kita sebagai cawan yang berisi air. Dia mengajak aku berfikir... cawan yang berisi air itu walaupun tidak penuh jika kita terus mengisinya tanpa henti, lama kelamaan isinya akan melimpah ruah bukan? Begitu juga dengan minda kita. Jika kita melapangkan minda kita.. Insyaallah apa yang masuk akan tetap menghuni di situ...

Image hosted by Photobucket.com


Hati merupakan nadi pada kehidupan manusia. Jika hitam hati kita maka hitamlah seluruh diri kita... Benarkah? Benarkah yang hitam itu tidak harus lekat pada hati ? Benarkah yang hitam itu cuma lambang dendam dan kemarahan?

Wednesday, September 14, 2005

Melankolia

Akhir2 ni... aku asyik upload gambar pada blog jek.... Bukan apa... mood nak update tu ada.. tapi tak tahu apa yang perlu aku perkatakan.. bukan tak tahu... tapi lebih kepada perlu ke? sebab tu aku asyik paste gambar jek hehe... gambar bungalah... gambar cowok hensemlah (haha..!)... tapi takpe kan... masih lagi berupdate... cukup bagi anda utk mengetahui bahawa saya masih lagi bernyawa disini

PHSM
Errr rase lain pulak nak teruskan menaip malam2 ni eheh... bukan apa... tadi ada terbaca paper lama tentang pembikinan filem PHSM 2... (nak type tajuk bebetul rase ngeri plak keke type short form jekla kuikui)macam best jek hehe.... lagi best kalau aku boleh jadi macam 'maya current' tuh... jadik PHSM masuk dlm mimpi2 org tertentu dan menghantui kehidupan mereka... "pulangkan ! pulangkan apa yang telah kau ambil dariku dulu !" ecewaahhh... nak jadik antu buruk siku plak aku ni ahahahahhaha....

Blog
Kalau kalian perasan... aku ada tambah Fotopages pada panel kiri di blog aku. Semua tu merupakan site Fotopages yang wajib aku kunjungi.... Aku suka melihat pemandangan indah ciptaan tuhan... ada value yang tersendiri... dan setiap foto yang ada punya ceritanya... samada dari persepsi photografer atau dari persepsi kita sebagai orang yang melihat. Silakan berkunjung ke fotopages mereka... pasti akan ada sesuatu yang anda akan dapat di sana. Fotopages aku?? Insyaallah bakal menyusul.... tapi bukan sekarang... bila semuanya sudah jelas dan nyata... dan bila 'waktunya' sudah tiba... aku akan war warkannya di sini... Ada 'sesuatu' yang perlu utk aku selesaikan terlebih dulu....

Image hosted by Photobucket.com

Engkaulah yang kini mekar
Dalam diriku yang melankolia
Akulah simpang tersasar
Karam janjiku yang melankolia

Monday, September 12, 2005

Sunday, September 11, 2005

Hehe

Image hosted by Photobucket.com

Hikmah


Hikmah

Subhanallah Walhamdulillah
Astagfirullah Wallahu Akbar
Subhanallah Walhamdulillah
Astagfirullah Hasbi ya Allah

Di tepi kerinduanku
Memandang hampa pada dunia
Kuhanya orang biasa
Tak lepas dari rasa kecewa

Hanya pada-Mu tempatku mengadu
Pahit yang kini menyiksaku
Aku percaya tiada yang sia - sia
Semua kan ada hikmahnya

Subhanallah Walhamdulillah
Astagfirullah Wallahu Akbar
Subhanallah Walhamdulillah
Astagfirullah Hasbi ya Allah

Angan yang membalut mimpi
Dulu melukis nyanyian hati
Ku hanya orang yang telah
Satukan hatiku yang terbelah

Hanya pada-Mu tempatku mengadu
Pahit yang kini menyiksaku
Aku percaya tiada yang sia - sia
Semua kan ada hikmahnya

O.. Hanya pada-Mu tempatku mengadu
Pahit yang kini menyiksaku
Aku percaya tiada yang sia - sia
Semua kan ada hikmahnya

Subhanallah Walhamdulillah
Astagfirullah Wallahu Akbar
Subhanallah Walhamdulillah
Astagfirullah Hasbi ya Allah

Saturday, September 10, 2005

.....

"Wahai sahabat, teman, kawan atau apa jua terms yang anda label pada hubungan kita ini.. Tolonglah aku.. Kalau aku Lupa, lalai atau leka.. tolong sedarkan aku. Sekiranya aku jatuh... papahlah aku.... bantulah aku utk bangun kembali.... Andai aku mati... tolong kuburkan aku.. sempurnakanlah aku.... Jangan tega biarkan aku begini..."

Tuesday, September 06, 2005

Tribute to my Friends...

You might be best friends one year,
pretty good friends the next year,
don't talk that often the next year,
and don't want to talk at all the year after that.
So, I just wanted to say,
even if I never talk to you again in my life,
you are special to me and you have made a difference in my life,
I look up to you, respect you, and truly cherish you.
Send this to all your friends,
no matter how often you talk,
or how close you are,
and send it to the person who sent it to you.
Let old friends know you haven't forgotten them,
and tell new friends you never will.
Remember, everyone needs a friend,
someday you might feel like you have NO FRIENDS at all,
just remember this
and take comfort in knowing
somebody out there cares about you and always will...
Good friends are like stars.........You don't always see them, but you know they are always there.

"For you.... my frens out there.... I really meant it"


**Thanks Baya for the email :)

Monday, September 05, 2005

Kata dan Doa

Benarkan.. kata2 kita merupakan satu doa dan harapan utk kehidupan kita akan dtg... samada kata2 itu kita zahirkan atau tidak... kita maksudkan atau tak... dan kerana tu gak adanya bidalan "kerana mulut badan binasa" (errr bidalan ke nih?? whatever keke) kita hanya perlu lalui... waktu tu kita akan menyedarinya.... Ermm masih banyak lagi rahsia alam yang tak kita ketahui :)



"sebab tu aku cukup takut bermain dengan kata2...."

Friday, September 02, 2005

Formula

Tiba tiba terpanggil utk membicarakan tentang sesuatu formula...

Tiap kejahatan yang kita balas dengan kejahatan, kita panggil dendam
Tiap kebaikan yang dibalas dengan kebaikan juga, merupakan perkara biasa
Kebaikan yang dibalas dengan kejahatan pula kita panggil zalim
Kejahatan yang dibalas kebaikan merupakan sesuatu yang mulia dan terpuji
Kejahatan atau kebaikan yang tidak dibalas apa2 kita panggil apa pula ye?? eheee

Boleh ke kalau kita kategorikan sebagai kacang lupakan kulit bagi kebaikan yg tak dibalas apa2 tu? macammana pulak dgn kejahatan? Dalam tiap kategori di atas... yang mana satu anda? yang mana satu pula aku? ermm hehe ape ke bengong aku arinih kwang3x.... Apa yang pasti jaga diri hiasi peribadi (haha ada connection ke hehe)



"Kita cuma mempunyai peluang sekali saja utk hidup di dunia ini, tetapi jika kita hidup dengan benar.... sekali itu sudah memadai"