Wednesday, April 26, 2006

Sesuatu dari hati

Saya masih lagi mencuba... untuk menuliskan sesuatu tentang sahabat saya. Memang semenjak berita pemergiannya saya ketahui tempoh hari, saya tak mampu untuk mengeluarkan apa2 tentangnya. dan.. hari ini saya akan cuba.

Saya tak pasti bila saya mengenali dia. Tapi apa yang pasti saya mengenalinya melalui kawan saya. Katanya dia membaca blog saya menerusi pautan blog kawan saya. Dan kemudian kami bertukar link blog dan sekali sekala berbual di YM. Di mata saya dia merupakan sahabat yang prihatin tentang teman2nya. Dia suka berkongsi cerita tentang masa lalu dan harapan masa hadapan, walau hakikatnya dia sedar akan kesirnaan masa depannya. Ermm terasa sayu pula bila diingat kembali.

Ahhh... saya rasa saya tak mampu utk meneruskan penulisan. Cukuplah saya katakan... yang kehilangannya turut saya rasa kesannya.

"Al Fatihah untuk Allahyarham Ghazalee Ali
[ http://hatikubicara.blogspot.com ]
Yang telah kembali ke Rahmatullah
pada 18 Rabiul Awal 1427H -- 17 April 2006.
Moga arwah tenang bersemadi di sana dan ditempatkan dikalangan yang beriman"

Sunday, April 23, 2006

Dealova


Sudah hampir seminggu lebih vcd yang aku terima dari seberang aku peramkan. Tak punya masa untuk menontonnya. Dan hari ini, aku gunakan hari santai hujung minggu dengan menontonnya... tapi tak habis lagi semua cerita.... Hanya sebuah filem Indonesia yang sempat aku tonton. Ahhh ntah bila lagi boleh aku habiskan selebihnya... Filem agak baru... sekitar tahun lepas siaran di panggung, Dealova. Sebelum ni jatuh cinta dengan lagunya... seronok gak berpeluang menonton ceritanya. Ceritanya biasa2 aja tetapi tidak mengecewakan.

Dealova mengisahkan dua orang lelaki yang berbeza sifat, seorang kasar(Dira) dan seorang lagi penuh dgn kasih sayang, namanya ibel (hihihi rasa kelakar pulak ayat aku) menyayangi seorang gadis yang sama (karra). Dira dan Kara satu sekolah dan merupakan pemain basket sekolah mereka manakala Ibel merupakan teman baik abang Karra, Iraz. Ibel sentiasa ada bila Karra memerlukan tapi Karra telah memilih Dira sebagai kekasihnya.

Sifat kasar Dira sebenarnya bersebab. Dia menderita penyakit kanser dan hayatnya tak akan lama. Setelah Dira meninggal dunia, Ibel merasakan ini merupakan kesempatan keduanya untuk memenangi hati Karra. Saksikan seterusnya...(lagi mau saspen kuikuikui).... Cerita ni happy ending... so korang boleh agaklah kesudahannya kan hehe...

Sebenarnya, aku lagi pusing nih... filem apa ya yang harus aku kirimkan pada teman aku di Jakarta tu (Jadi org Indon sekejap)... PGL, PHSM 1 dan 2, Sepet, Buli, Gubra (belum keluar vcdnya aaaaa)... Aku sebenarnya tak punya idea filem melayu apa yang harus aku beri... Aku mencari sekurang2nya 6 filem... dan cd band atau penyanyi mana pula yang perlu aku rekemen untuk dia dgr nih.... aduhh gawat gawat... aku tak punya idea... Kalian punya cadangan?

Once - Dealova

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
karena langkah merapuh tanpa dirimu
oh karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan

reff: Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yg ku hela kau selalu ada

Hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi, dan sepi

repeat reff [2x]

Selalu ada, kau selalu ada
Selalu ada, kau selalu ada

Hidup yang mati dan Mati yang hidup

Ada yang bertanyakan apakah erti hidup? Ada tidak yang hidup tetapi sebenar dia mati dan yang mati tetapi sebenarnya, hidup?. Sesuatu yang menarik untuk dibincangkan.

Sebelum diteruskan, kita perlulah mendefinisikan perkataan hidup dan mati itu sendiri. Hidup adalah sesuatu yang memenuhi tuntutan keberadaannya atau kehidupannya sedangkan mati adalah sebaliknya iaitu sesuatu yang tidak dapat memenuhi tuntutan keberadaannya. Sebagai contoh seorang manusia yang mati dan dipanggil mayat, dia tidak dapat memenuhi tuntutan keberadaannya sebagai manusia, dia tidak dapat bergerak, tidak dapat makan, minum dan sebagainya, dan kita panggil dia sebagai orang yang sudah mati. Sebaliknya bagi manusia yang dapat bergerak dan dapat memenuhi tuntutan keberadaannya sebagai seorang manusia yang hidup.

Jika kita memahami definisi ini, kita akan dapat memahami erti hidup dan mati dengan lebih luas lagi. Kita ambil contoh, pokok durian yang tidak berbuah atau pokok bunga ros yang tidak mengeluarkan bunga, kita akan mengatakan pokok durian dan bunga ros itu pokok yang mati kerana ia tidak dapat memenuhi tuntutan keberadaanya sebagai pokok durian dan pokok bunga ros. Manusia pula dikurniakan akal dan ini yang membezakan mereka dengan tumbuhan dan haiwan. Manusia boleh dikatakan mati sekiranya tidak menggunakan akalnya dengan baik.

Apakah mayat saja yang dipanggil sebagai orang mati? Masih adakah lagi orang-orang yang bergerak dan berjalan tetapi sebenarnya mereka mati...? Ada? Mengapa? Ini kerana mereka tidak dapat memenuhi tuntutan keberadaan mereka sebagai manusia yang sentiasa memberi manafaat kepada dirinya dan orang-orang yang ada di sekelilingnya. Sebab itu kita panggil penagih dadah sebagai mayat hidup, kerana keberadaan mereka tidak memberi manafaat kepada diri mereka sendiri malah memudaratkan, baik pada diri mereka maupun pada masyarakat di sekelilingnya.

Pada keadaan lain pula... Perhatikan di dada2 akhbar kebelakangan ini. Berapa banyak kes2 rogol, bunuh, ragut, penipuan, jenayah kolar putih, biru dan pelbagai warna kolar lagi yang berlaku? kerana apa perkara ini terjadi? kerana... mereka mati... mati hati... mati jiwa...Pendapat anda pula.. bagaimana?

"...kerana cintaNYA.., saya masih lagi berdiri..."

Saturday, April 22, 2006

My true color



Na, your true color is Black!

Your color is black. The color of night. Serene and mysterious, black conjures up images of elegant evening gowns, dashing tuxedos, and gleaming limousines. Traditionally a symbol of success, black also represents power and an uncompromising demand for perfection. Not surprisingly, you tend to set challenging goals for yourself and do whatever it takes to achieve them — your strength of character is second to none. This unfaltering determination, along with your natural elegance, impresses people. But keep in mind that your personality might be intimidating to some. Try to temper your demanding side with a little softness — trust us, it won't kill you. Overall, though, black is the color of professionalism and achievement, which means it's clearly the color for you.


What's Your True Color?

Brought to you by Tickle

-------------------


Saya masih ingat, masa mula2 blog ini wujud... saya menggunakan background berwarna hitam dengan gambar pemandangan pantai Redang sebagai penghiasnya. Menggunakan background gelap sebegitu memang menimbulkan tanda2 misteri kepada pemiliknya. Kala itu ramai yang bertanya tentang 'kemisterian' saya. Hakikatnya, saya tidaklah terlalu misteri... sama saja seperti kalian... memang benar saya agak kurang mesra alam pada awal perkenalan tapi keadaan tersebut tidak kekal begitu. Segan sebenarnya hehe...

Secara peribadi, saya lebih gemarkan warna2 cerah dan lembut. Saya suka warna putih sampaikan pernah saya katakan pada teman2 sekelas bahawa saya mudah jatuh cinta kepada lelaki yang memakai pakaian putih. Ada yang pelik dan ada juga yang mentertawakan saya... kata mereka "macam uniform budak sekolah cina"... huhu apa2laa labu... dan.. ada juga yang memakai pakaian putih ke kelas pada kelas keesokan harinya (hahhahaha saya masih ingat insiden ini)...

Ermmm saya dan hitam ?? Betul ke? :)

Wednesday, April 12, 2006

Sesuatu yang bermakna

Seperti biasa memulakan rutin seawal 8.45 pagi... walaupun jam 7.30 aku memang dah terpacul kat depan opis tu... tapi masih belum memulakan apa2 kerja.... tunggu office hour hihi... Berkira2 utk menelefon seseorang sebelum Maghrib tiba...

Pengunjung silih berganti.. bermacam rupa pelbagai reaksi.... yang penyabar.. yang cerewet... yang ngada2.. pelbagai ragam ada.. maklumlah frontliners.. kenalah berdepan dgn pelbagai ragam dan situasi 'customer'... kalau nak diikutkan hati.. rasa nak seligi pun ada... terutama pada yang tak faham bahasa....

Waktu makan pun tiba... wahhh seronoknya... ada org yang belanja... colleague aku kat sini semuanya kaya2... dari aku mula masuk kerja sampai ke hari ini... asyik belanja aja.. alhamdulillahh... murah rezeki mereka... :)

Pukul 7.00 !! ahhh kerja masih lagi tak susut... macam tak luak pun ada jugak... terpaksalah aku menyabarkan diri.. buat sikit2... target aku kol 8 kang mesti dah siap semuanya... Tiba2.... Irama lagu fullhouse kedengaran.. sapa pulak yg telefon...?? "Lupa ke hari ni hari apa?" erkkk suara tu..??!! aaaaaaaaaaaaaa dah maghrib...!! Ampun ! Ampunkan saya ! Dan... perbualan diteruskan... kata demi kata dituturkan berselang seli dgn gelak dan tawa... :) hehe... (tak siap gak keje aku kol 8 nih hehe)

~**~


Saya rasa hari ini cukup bermakna... riang di hati rasanya tak dpt nak digambarkan dgn senyuman yang terukir... kalaulah boleh saya gambarkan, takkan saya masih tersenyum di sini... saya tak pentingkan perhubungan... saya cuma mahukan kejujuran... kerana bagi saya, perhubungan tanpa kejujuran itu sia2.... saya pernah mengalaminya... saya tak mahu sesuatu yang sia2... alhamdulillah.. dia mengerti apa yang saya pinta... sebuah ikatan yang bermakna... tiba2 teringin sangat nak menatap wajah 'anak kesayangan' saya... ucapkan selamat hari jadi pada babah ya...

Saturday, April 08, 2006

Taman Langit

Aku di sini lagi... Berfantasi dan melakar ilusi pada bintang. Hari ini saja sudah 2 entri aku publishkan... Ini sahaja masa yang ada untuk aku rehatkan diri aku sebentar dari realiti kehidupan aku... yang kadangkala aku rasa begitu meletihkan... Bila kesedihan datang menghimpit.. aku sentiasa ingatkan diri.. bahawa tuhan itu ada di sisi... tak perlu takut hadapi ujian sendiri... tapi entah mengapa takut itu tak pernah lekang dari diri... sentiasa ada laksana bayang2 yang mengekori tiap langkah aku....

Beginilah aku... Di sini biasanya aku lepaskan kekesalan dan sedih yang bersarang dalam hati... Hanya di sini... Kalau di luar kalian takkan dapat melihat aku begini... Bercakap dengan bahasa yang tersusun... berbicara tentang kesedihan... tentang kekesalan... jiwang kuikuikui... Mungkin kerana itu blog ini wujud... the other side of me maybe hehe.... Hipokrasikah ini?

Walau apapun yang berlaku... aku tahu.. semuanya telah disuratkan dan aku tak pernah berhenti dari berharap.. Berharap untuk memiliki sebuah kebahagiaan yang abadi... InsyaAllah dengan izinNYA....

Peter Pan - Taman Langit

Bila kini ku berada
Dalam taman mimpi,
Dalam taman langitku
Kini cobalah berpaling
Langit takkan merasa

Lemua takkan berubah
Semua takkan berubah
Ini taman mimpiku
Ini taman langitku

Coba cobalah berpaling
Ini taman mimpi, ini taman langitku
Tak perlu kau bayangkan
Tak perlu kau renungkan

Soulmate

Soulmate tu apa ye? Apa pandangan kalian tentang perkataan soulmate ni... hehe saje jek nak mengutarakannya... Dulu.. masa zaman kanak2 ribena di ukm.. aku ada minat sorang senior aku hehe... auuwww.. malu pulak nak cerita keke(takut dia bace hihi)... Walaupun kitorang takde apa2 ikatan... ada org ckp kitorang ni cam ada chemistry.. Apa yg chemistrynya aku pun tak tahu... cuma apa yang pasti kedua2 kami punya ego yang sgt tinggi hehe.... dingin bila bersemuka... tapi di belakang.... merisik2 khabar bertanya tentang diri masing2 melalui org lain (aku pun baru tau haha)... Ada banyak lagi keadaan yang menyebabkan kawan2 aku mengaitkan word chemistry dan soulmate antara aku dan dia... tapi bagi aku semuanya hanya kebetulan.... walaupun sebenarnya dalam hati tu suka jugak (haha gatal !!)....

Ermm next week birthday dia... aku tau memang aku tak berkesempatan utk online next week... itu pasal aku online sekarang ni... dan nak buat satu entri khas utk wish dia... plan cam nak call utk wish.. tapi..... (hehehhe adeh kenapa ngan aku ni) tengoklah.. kalau aku berani keke....



Selamat hari lahir yang ke 29 pada Rabu, 12 April 2006... istimewa buat Abg Sharif Abdullah... Semoga hari2 mendatang memberikan keberkatan dan kejayaan buat abang sekeluarga... Walaupun secara geografinya kita terpisah... abg di kk dan saya di jb... semua tu tak pernah melunturkan ingatan saya pada abg..... Ingatan dari seorang adik kepada abangnya :) .... Sorry if the msg disturbed you in any way.... Just a thought for someone as special as you.....