Tuesday, May 16, 2006

Serpihan Rasa

Tadi, selesai makan tengahari saya berehat-rehat di restoran sambil membaca akhbar. Akhbar Harian Metro di atas meja saya capai. Satu persatu helaiannya saya selak. Terbaca satu berita tentang penemuan mayat seorang bayi yang telah kembung perutnya di dalam tangki tandas sebuah pusat membeli-belah di Pasir Gudang. Daripada apa yang saya faham, mayat bayi itu dijumpai di dalam tangki yang menakung air yang kita gunakan untuk mengepam tandas (flush). Benarkah pemahaman saya itu? Ntah saya sendiri kurang pasti. Terdetik di hati saya tentang satu perkara... Bagaimana pelaku tergamak memasukkan makhluk bernyawa di situ? Apalagi makhluk bernyawa itu merupakan sebahagian dari diri kita, darah daging kita? Saya pasti yang memasukkan bayi tersebut adalah tangan ibunya sendiri. Ahh.. ibu zaman sekarang.. lagi kejam dari ibu-ibu tiri yang digambarkan dalam filem melayu dulu-dulu. Sekurang-kurangnya ibu-ibu tiri yang kita lihat tidak membunuh anak mereka sedemikian rupa.

Serta merta ingatan saya terkenangkan Alesha. Alesha yang saya hanya kenal melalui fotopages ibunya dan tulisan email bapanya. Alesha yang menderita sejenis penyakit yang saya lupa apa istilahnya. Sudah seminggu lebih saya tidak sempat untuk mengetahui perkembangan terbaru Alesha sejak dia dipindahkan ke Hospital Seremban. Keinginan untuk melawat Alesha memang ada cuma masa tidak mengizinkan saya berbuat demikian.

Walaupun saya belum bergelar seorang ibu, setiap apa yang dituliskan oleh ibu Alesha begitu menyentuh hati. Tak dapat saya gambarkan jika saya berada di tempat beliau... Dan baru sebentar tadi saya singgah di Fotopages Zaimah, ibu Alesha... Satu lagi berita kehilangan yang saya dengar bulan ini. Ermmm.. Semoga ibu bapa Alesha tabah menghadapi dugaan ini. Salam Takziah dari saya buat keluarga Alesha. Al-Fatihah.

Saturday, May 13, 2006

Hembusan Asmara

Dayang Nurfaizah - Hembusan asmara

( verse 1 )
Kau di hati pernah memuja
Kau yang dulu permata jiwa
Dalam menempuhi arus hidup yang berliku
Senyum tangis diri tiada yang tahu hmmm...

Tak mampuku ungkapkan lagi
Yang masihku dalam kecewa
Sedalam lautan janji
Dan selangit mimpi-mimpi
Pasrahku pada hembusan asmara ooo...

( korus )
Ku pinggirkan segala demi kasih membara
Ku lewati semua halangan cinta
Tidakku terfikir akan satu masa dikau
Permainkan setia dan berpaling arah

( verse 2 )
Ku rela kini bersendiri
Ku cuba susuri kembali
Pada dunia yang pernah
Berpaling aku tinggalkan
Syukur masih ada ruang untukku Oh...

( ulang korus )

Ku pinggirkan segala demi kasih membara
Ku lewati semua halangan cinta
Tidakku terfikir akan tiba satu masa nanti
Cinta kau musnahkan dan terusku pergi...

Monday, May 08, 2006

Biarlah Rahsia

Akhirnya..., saya mempunyai masa untuk update blog ni. Kehilangan entri terbaru bukan kerana saya berkabung... bukan kerana merajuk atau berkecil hati pada pihak2 tertentu... bukan juga kerana bersedih... cuma, saya agak sibuk dengan tugasan harian. Itu sahaja.

Hujung minggu lepas, saya ke utara menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat yang saya anggap seperti kakak saya sendiri. Saya bertolak ke Kuala Lumpur bersama seorang teman tepat pada pukul 11.30 malam. Tiba di KL lebih kurang pukul 3 pagi, menunggu seorang lagi teman dan terus pula bergerak ke Penang. Dalam kereta saya tidur saja... maklumlah bukan saya yang drive hihihi... Nak berjaga dan join org depan berbual tak boleh pasal radio kuat sangat.. Tak dengar apa yang mereka bualkan. Sudahnya, saya ngorok aje hihi.

Perjalanan menyeronokkan walau dipenuhi dengan adegan sesat keke... Bayangkanlah sampai ke Kuala Juru kami tersesat (Camne boleh sampai situ saya pun tak tahu hehe). Tercapai jugalah hajat saya untuk sampai ke sebuah perkampungan nelayan, kerana sebelum itu saya teringin utk sampai di sebuah perkampungan nelayan di Kunak, Sabah. Tak dapat jejak Kunak, masuk Kuala Juru pun jadilah ye hehe...

Dan akhirnya, kami sampai ke rumah pengantin pada tengahari Ahad tu. Actually banyak lagi adegan sesat yang lain. Tu belum cerita lagi kisah sesat masa sebelum tiba rumah pengantin hehe... tapi seronok juga sesat kat sana pasal saya suka sangat tengok kawasan sawah yang ada di kiri dan kanan jalan. Macam orang jakun je saya melihat kehijauan yang ada.

Seronok melihat pasangan pengantin yang selamba rock bila bergambar... dalam hati terdetik juga... macam best je kahwin ni... hahahha gatal jugak ye saya kuikuikui.... Semoga mereka bahagia hingga ke akhirnya... Selamat pengatin baru buat kak pel dan abg zul (yeke nama abg tuh nih eh)... Kami kesuntukan masa dan tak berpeluang berjalan2 di sana.... tapi sempat jugaklah pasangan pengantin membawa kami ke penang menaiki feri dan pusing2 satu pulau... hehe kami rasa macam pengacau je utk pengantin tuh bermesra2 hihihi... Takpe... saya pasti akan sampai lagi ke sana... Lepas ni... ssiapa pulak yang boleh jadik tourist guide saya eh? hehe

Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia

Pernahkah kau bermimpi seketika
Berada di tempat ku
Membayangkan pahit manis berlaku
Tak siapa yang tahu

Mungkin nanti kau jua merasakan
Berdepan dengan kata menyesatkan
Tak kan ku melupakan
Tiada pertimbangan
**

Korus:

Keheningan malam membalutkan
Kepayahan jiwa meluahkan
Andai kau jujur memahami
Tiadaku menjauhi

***

# Dan kisahku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantasku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Semakin aku hitung dalam cinta
Tiada kuasa mampu menghalangnya
Hentikan kata-kata bertulangkan dusta
**

[ Ulang Korus ]

[ Ulang # ]

***
Dan kisah ku yang masih panjang
Menambahkan berat yang memandang
Lantas ku pendam ku putuskan
Biarlah rahsia
Pernahkah kau bermimpi seketika berada di tempatku...


Ada yang bertanya pada saya... giliran saya bila pula? Selalunya gadis seusia saya (gadis?? keke) sudah punya teman istimewa malah ada yang sudah punya keluarga. Kenapa saya masih lagi belum memikirkan tentang hal berkeluarga? Erm... jawapan stereotype... belum jodoh lagi... itulah jawapan yang paling selamat saya berikan pada mereka yang bertanya. Ada juga yang mempersoalkan.. mungkin saya ni terlalu memilih... atau... mungkin saya ni terlalu mementingkan kerjaya... Errr saya rasa macam nak tergelak pula... sebab semua tu bukan saya...