Thursday, June 29, 2006

......

Boss saya tengah pening kepala. Ramai staff yang diarahkan berpindah ke cawangan lain. Kalau dikira-kira... adalah dalam 5 ke 6 orang... Apa kena mengenanya dgn saya ye? sampai perlu utk saya tuliskan di sini.. hehe dok berangan jadi boss agaknya keke....

Tadi kat office ada makan2... (makan lagi?? huhu)... dibuat khas untuk staff2 yang akan berpindah. huhuhu sedihlah... yang kena pindah semuanya yang paling rapat dengan saya ;Kak F dan N.... Teman berbual, teman mengumpat, tukang pujuk saya menangis (hihihih).... teman serba serbi.... Lepas ni.. siapa pulak yang nak teman saya buat semua benda eh.....

Kak F beri saya ikan laga berwarna biru.... dengan sebuah balang kaca... Kata dia.. jaga ikan ni baik2 ye, Na... Nanti... masa ganti air atau masa beri dia makan... ingat kat Kak F tau..... aaaaaaaaa makin sedih saya.... Tak maulah macam tu... nanti kalau ikan ni mati camne? Takkan nak dibiarkan mati dengan ingatan tu.... hehe macam drama apa je kan? dan saya tak boleh berlama2 di situ.... melihat babak2 yang seterusnya... jika saya masih di situ.... saya akan seperti mereka... menjadi pelakon air mata hehe....

Sunday, June 25, 2006

Bisakah

Siti Nurhaliza - Bisakah

Daku Terasa Ingin Membawa
Cinta Yang Terlara Ke Titik Mula
Kembali Mencuba Untuk Kali Kedua
Menggilapkan Gerhana Jiwa

Pernah Ku Terasa Ingin Merayu
Pada Kasih Dulu Pulang Padaku
Lupakan Dosaku Putihkan Kelabu
Tenangkan Amarahmu
Namun ....

Chorus
Bisakah Yang Terpadam Dinyala
Bisakah Yang Terhina Dicinta
Walau Ku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu

Naluri Meminta Kuungkap Kata
Seindah Bahasa Janjikan Setia
Akan Bersemilah Cinta Dihatinya
Percaya Ku Semula
Namun ...

Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Yang Dusta Dimaafi
Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu

Bila Senduku Berlinang Sayu
Dalam Rindu Ku Tertanya


Ulang Chorus

Bisakah Yang Benci Disayangi
Bisakah Hatiku Difahami

Walauku Himpunkan Sesalku
Bisakah Terbuka Kalbu


Ermmm asyik paste lagu je... intrig lah ni... telah mengubah persepsi saya tentang lagu ni (ecewaahh cam ye ye jek hehe).. tapi sedihlah... mungkin mood tgh sedih kot hehe....

Saya tak dapat menyiapkan assignment tentang world cup... Maaf ye encik2 pengadil... saya kurang knowledge tentang cawan dunia ni hehe.... Sejak akhir2 ni saya memang tidur awal. tapi bukan sebab nak bangun awal pagi untuk tonton cawan dunia... bangun masih seperti biasa hihihi...tak cepat dan tak lewat.... Salah satu sebab mengapa saya asyik tidur awal... ermmm sakit kepala saya menjadi2 sekarang ni.... mungkin ada kaitan dengan cermin mata saya yang dah patah tu (uwaaaaaaaaaaaaaaaaa)... miyu saya (handphone) pun buat hal jugak... lcd skrin tu rosak.... Haritu ada meluahkan perasaan pada cik aju kerana hanya dialah yang memahami.... (miyu dan zaju kembar hehe).... Mentang2lah dah akhir bulan... semua barang nak rosak isk....

Ermmm... Blog abg jamri dah hilang.... alaaaa... rindula dengan batrisya.... Banyak blog yang hilang sekarang ni? kenapa eh? Mungkin... blog saya akan hilang jugakah?

Friday, June 23, 2006

Sang Pencinta

M Nasir - Sang Pencinta

Menanti satu detik pandangan magis mu
Cukup untuk meredakan rindu duniawi
Segala dugaan dan pesona
Menjadi irama indah
Kesakitan ragaku
Berlalu pergi Tiada bererti

Pada Mu jua Tertuju segala jalan
Pada Mu jua Cinta ku serahkan
Kerna hati seorang pencinta
Pandangannya satu
Matanya hanya melihat Dia
Yang melihatnya Hanya Dia kekasihnya

Sang Pencinta... Hanya Dia merasa
Semangat sebuah pengorbanan
Sang Pencinta... Hanya Dia mengerti
Persoalan percintaan ini
Cinta ini Rela menderita
Agar rindu batinnya terubat
Mengenang Dia Cinta yang dipuja
Mengenang Dia Cinta yang diredha
Hanya Dia Mengenang Dia Hanya Dia

Sunday, June 18, 2006

Setahun sudah berlalu

Setahun yang lalu... pada tarikh ini... saya telah membuat satu keputusan tentang satu perkara. Satu perkara tersebut saya kira teramat sukar untuk saya mulakan. Namun... saya bersyukur kerana berpeluang memulakan langkah... saya juga bersyukur kerana tuhan meminjamkan saya kekuatan untuk melaksanakannya. Selama 'tempoh' itu, saya menjadi seorang yang seakan berperang dengan diri saya sendiri.... Antara akal dan hati... menimbang tara tentang keduanya... agar keputusan yang dibuat tidak membinasakan diri saya.... dan... memberi manfaat kepada semua.

Mana mungkin saya lupa akan hari ini... Selamat hari Bapa.... dan.. Doa saya tetap ada pada yang telah tiada....

Mengambil sebahagian kata2 yang pernah saya jadikan sebagai entri saya setahun yang lalu... Mendalami semula erti dan maksudnya.... dan ianya mampu membuat saya tersenyum.

A year from now
When you look back at today
you'll see that the problem
you're so concerned with right now,
was another valueable lesson waiting to be learned.

Saturday, June 17, 2006

Ruang

Saya cuba memberi sedikit ruang pada diri saya... agar saya tidak tegang. Tegang memikirkan segala macam hal yang ada di persekitaran saya. Jauh di sudut hati saya mengakui yang hati saya sudah terusik... senang, tenang, bahagia... sehingga tiba-tiba dia muncul di hadapan mata saya.... Apa yang mampu saya lakukan hanya tersenyum. Tersenyum pada insan di hadapan saya... Insan yang mengajar saya tentang banyak perkara walau perkenalan kami hanya sesingkat2 masa. Terima kasih kerana masih sudi menjadi sahabat saya... dan.. maafkan saya kerana... saya masih lagi begitu... masih tiada lagi ruang itu di hati saya....

Sunday, June 11, 2006

Bicara Pada Bintang

Sekali dua entri saya publishkan hari ni hehe... Tadi ada yang bertanya mengapa 'Bicara pada Bintang'? Sedangkan gambar besar di atas tu adalah tulip... Oh ya... Saya dah tukarkan gambar tulip merah jambu di atas dengan tulip yang berwarna merah. Begitu juga dengan gambar yang ada di sebelah. Berbalik pada pertanyaan tadi, tersengih2 juga saya... ada juga yang begitu particular tentang perkara2 sebegini... Bukan apa.. katanya tadi... dia tiba di blog saya kerana mencari lirik lagu Bicara Pada Bintang nyanyian Rossa, tapi setelah dibaca setiap entri yang ada di sini... tiada pula lirik lagu itu. Hihihihi maafkan saya ye.... Tak pasal2 kerana satu lagu, dia dah khatam baca blog saya hihihihi.... Kerana itu juga saya sertakan sekali di sini lirik lagu yang dia mahu (cam sessi permintaan lirik pula hihi)

Rossa - Bicara Pada Bintang

Tiga waktu berlalu
rentang hatiku menyayat
wajah kasih yang dulu
hadir dalam tidur

Malam penuh mimpi
pertemuan tak terjamah
sinar di ujung sana
menerangimu..

Reff :
Pernah kau berkata
bila ku merindu
bicara saja bintang kan mendengar
maka kau kan merasakannya
aku tau diri
semua takkan mungkin
biarkan saja semua jadi kenangan
yang mungkin takkan terlupa
sampai ku menua
biar saja...

Hujan di hujung bulan
biar jadi saksi hati
betapapun mencinta
ini takkan mungkin

Reff [ 2x ]


Menjawab pertanyaannya tentang blog ini, saya hanya memberitahu bahawa blog ini adalah berkisar tentang diri saya ; apa yang saya lihat, dgr dan rasa. Menulis adalah kesukaan saya dan blog ini merupakan medan untuk saya bersuka-suka hehe....

Topeng

Hampir seminggu saya tak update blog. Baru seminggu tapi terasa lama... seperti sudah mahu berkarat otak ni. Berfikir-fikir tentang pengisian blog.. Apa yang perlu saya tuliskan?? Ermmm tentang kerja? ermm mungkin tidak... saya tidak mahu sentuh langsung tentang pekerjaan yang saya lakukan disini... kerana bila saya dah mulakan pasti saya tak akan berhenti hehe.... nanti mulalah keadaan poyo menguasai diri kehkeh...

Peter Pan - Topeng

Ku dapat melintas bumi, Ku dapat merajai hari
Ku dapat melukis langit, Ku dapat buatmu berseri
Tapi ku dapat melangkah pergi
Bila kau tipu aku di sini, Ku dapat melangkah pergi

Kau dapat cerahkan aku, Kau dapat buatku berseri
Kau dapat buat ku mati, Kau dapat hitamkan pelangi
Tapi ku dapat melangkah pergi
Bila kau tipu aku di sini, Ku dapat melangkah pergi

Tapi buka dulu topengmu, Buka dulu topengmu
Biar ku lihat warnamu, Kan ku lihat warnamu


Pernahkah kalian mewujudkan jurang persahabatan kalian? Maksud saya, membezakan sahabat2 yang kalian kenal di alam nyata dengan teman2 maya kalian? umpamanya, anda menetapkan pada diri bahawa anda tidak boleh terlalu rapat dgn teman2 virtual anda? Tidak boleh terlalu rapat itulah jurang yang saya maksudkan. Mengapa ye tiba2 saya persoalkan ini... kerana bagi saya alam maya, internet dan yang sewaktu dgnnya hanya sebuah medium, kitalah yang mencorakkan hubungan tersebut.. kalau dimulakan dgn tipu helah.. anda pasti dpt meneka apa sudahnya bukan?

Ntah... saya tak membezakan... bagi saya jika seseorang itu jujur dalam menjalinkan persahabatan.. saya akan sambut dengan baik. Saya bukan orangnya yang gemar mengumpul musuh tetapi bila ada yang mengingatkan saya tentang 'status' tersebut, saya jadi pelik... Apa sebenarnya yang dia mahukan? Mahu menyakitkan hati saya sajakah? Ermm kalau itu yang dia mahukan... dia telah berjaya... menyakitkan hati saya.... hehe....

Sunday, June 04, 2006

Spagetti Bolognese vs Laksa Johor ??

Adik : Eh... Bila masa Kak Long belajar masak Laksa Johor ni? tak tau pun....
Saya : Hehe.. makan sajalah... Jangan banyak bunyi... (sambil tersengih2)

Saya hairan... Sebenarnya saya bukan masak laksa johor tapi saya sediakan spagetti bolognese kuikuikui.... Camne boleh jadi rupa laksa Johor ni hihihihi... atau mungkin kerana yang memasaknya saya maka spagetti tersebut telah bertukar rupa menjadi laksa yang dimasak oleh orang Johor... atau sebenarnya spagetti bolognese itu merupakan Laksa Johor yang dimasak oleh orang2 di Barat... atau... mungkin juga spagetti bolognese itu resepi cedokan daripada laksa Johor... ahh sudahlah.. dah tak tahu masak.. macam2 pula alasannya... mengaku sajalah !! hihihihi

Bercerita tentang laksa Johor, saya teringat arwah Tok Umi. Laksa Johor yang dia masak fuhh ! sedap betul. Sejak Tok Umi tiada, saya belum pernah lagi jumpa Laksa Johor sesedap masakan Tok Umi. Ermm rindu pula saya pada arwah Tok Umi dan Tok Abah. Kalau dulu, setiap kali pulang ke Segamat, pasti Tok Umi sediakan laksa Johor. Tok Abah pula mesti akan tunjukkan permainan silap mata yang baru hehe... Ahhh rindunya saya dengan waktu lalu.... Al-fatihah....