Oleh: Pahrol Mohamad Juoi
Saya masih ingat sikap `unik' (aneh) sesetengah orang-orang tua kampung dulu-dulu. Ruang di bawah rumah mereka selalunya diperuntukkan untuk meletakkan barang usang yang `kurang' atau tidak perlu. Selalunya botol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk. Entah kenapa semua itu tidak dibuang. Hanya di letakkan begitu sahaja. Diguna tidak, dibuang pun tidak. Peliknya, apabila barang-barang `antik' itu hendak diambil oleh orang lain, cepat-cepat pula mereka melarangnya. Tak boleh.. Enak guna, sayang, dan macam-macam alasan. Itulah sebuah analogi yang terlintas di fikiran bila saya ditanya tentang kemarahan umat Islam terhadap penyiaran karikatur menghina nabi Muhammad s.a.w oleh akhbar-akhbar Eropah khususnya Denmark.
"Encik tidak marah?" tanya seorang siswa sehabis sahaja majlis diskusi tentang topik berkenaan.
"Marah," akui saya perlahan.
"Tak cukup begitu sahaja. Esok kita berarak, bakar bendera Denmark!" Saya senyum.
"Kita ada cara yang lebih baik. Ada senjata yang lebih hebat. Doa," balas saya.
"Kita kena tunjuk kemarahan kepada mereka yang menghina Rasul."
"Menunjukkan kecintaan kepada Rasul lebih utama."
"Marah itulah tanda kecintaan kita"
"Betul. Tetapi membuktikan kecintaan dengan mengamalkan sunnahnya jauh lebih utama."
"Encik takut?" Saya renung matanya.
"Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan lebih keberanian. Tentangannya lebih hebat. Bahkan daripada orang Islam sendiri," tusuk saya perlahan.
"Kita bakar bendera mereka!"
"Kita `bakar' cara hidup mereka. Itu lebih relevan." Giliran dia pula yang diam. Mungkin siswa yang `terbakar' ini mula mengunyah maksud kiasan saya.
Lalu saya ceritakan analogi awal tadi. Alhamdulillah, dia mendengar teliti.
"Kita dengan sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang-barang usang di bawah rumah. Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali, tetapi bila ada orang lain nak mengambilnya, barulah heboh konon nak digunakan."
"Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan marah?"
"Demontrasi depan manusia. Depan Allah, kita berdoa. Kita muhasabah, sejauh mana kecintaan kita kepada Rasul-Nya. Mungkin provokasi Barat membawa pengajaran tersirat."
"Pengajaran tersirat?"
"Ya, tersirat dari Allah agar kita menilai semula benar-benarkah kita mencintai sunnah Rasul-Nya selama ini."
"Kemarahan ummah inilah buktinya," ujarnya bersemangat.
"Kemarahan cuma bermusim. Hanya luapan sentimen berkala. Namun kegigihan, kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan jangka panjang amat perlu."
"Maksud encik?" Jelas dia terpancing dengan kilasan dan kiasan kata-kata.
"Jangka panjang, sudahkah kita mendidik generasi muda mencintai Rasul dan keluarganya? Saya risau generasi muda yang mabuk hedonisme kini tidak akan punya kemarahan yang sama seperti yang saudara alami."
"Saya ada kawan-kawan sebaya yang hidupnya lintang pukang, tapi masih marah bila Rasulullullah dipersendakan. Mereka akan turut berarak esok!"
"Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?" tanya saya minta kepastian.
"Rock habis. Sembahyang tidak. Bergaul bebas biasalah... tapi cinta mereka terhadap Rasul tak luntur."
"Ajak mereka sembahyang dulu. Tak berarak pun tak apa. Cinta dulu, marah kemudian. Bila ada cinta, pasti ada marah bila kecintaan dicela. Tapi kalau marah saja, belum tentu ada cinta" Dia diam lagi. Kali ini diamnya lebih panjang.
"Agaknya orang tua tu marah tak kalau kita ambil barang-barang berharga di atas rumah?" tanyanya tiba-tiba.
"Orang tua mana?" tanya saya semula. Hairan.
"Orang tua dalam analogi encik tadi itulah!"
"Soalan tu kurang umph," gurau saya.
"Habis soalan apa yang umph?"
"Agaknya orang berani tak hendak minta barang di atas rumah? Berbanding barang usang di bawah rumah?" balas saya.
Termenung lagi dia. Seronok rasanya `membimbing' siswa ini berfikir. Terimbau luapan semangat saya sewaktu di kampus dulu. Beginilah pola berfikir saya. Tiba-tiba dia bersuara, "tentu tak berani, kerana barang di atas rumah tentu lebih berharga."
"Begitulah sunnah, jika dihayati, diamalkan dan diperjuangkan. Ia nampak sangat berharga di tangan pencintanya. Musuh tak kan berani mengusiknya, apalagi nak menghinanya"
"Encik ni, tak sangka ke situ pula kiasannya."
"Kita orang Islam mesti menghormati diri sendiri terlebih dahulu, barulah orang lain akan menghargai kita. Justeru, jika kita marahkan musuh yang mengecam Rasul, marahkanlah juga diri kita yang tidak benar-benar mencintainya!"
"Dan bukti cinta amalkan sunnah Rasul. Itulah cara paling berkesan mempamerkan `kemarahan' kepada musuh-musuh yang menghinanya."
Alhamdulillah, saya yakin, kini marahnya kerana cinta bukan kerana benci. Dominasi cintakan Rasul bukan emosi bencikan musuhnya!
Wednesday, March 01, 2006
Marah kerana Cinta, Bukan kerana benci
Aku dpt ni drp fwd email... aku cukup tertarik dgn isinya... membuatkan aku sendiri terfikir2 dimana letaknya aku.... agak panjang tapi aku kira perlu utk kita kongsi bersama... Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmatNya... dan diberi kekuatan dan keimanan utk terus melalui arus dunia masa kini....
Saturday, February 25, 2006
S.e.n.y.u.m

Senyum.... Senyum... dan senyum... Kadangkala ia merupakan senjata.. yang mampu meredakan amarah seseorang.... Ada juga ketika dimana... senyuman seseorang mampu membuat kita rasa sesuatu... rasa nyaman... pernah rasakan?
Pernahkah anda melihat diri anda.. tersenyum di hadapan cermin... melihat bagaimana senyuman yang terpamer tatkala anda sedang kesedihan atau sedang mengalami puncak kegembiraan... apa pun situasinya.. bagaimana ianya tergambar...?
Atau..... Seseorang tersenyum manis kepada anda... Dalam keadaan kesedihan yang amat sangat... anda masih lagi mampu utk membalas senyuman tersebut.. apakah yang tergambar pada senyuman anda ? Manis ? Semanis duka yang anda galas atau... seindah derita yang anda tanggung ? Hanya anda yang punya jawapan... Yang pasti... senyuman itu ada 'kuasa'nya tersendiri....
Thursday, February 23, 2006
saya + dia ?
Seorang teman bertanya.... apa terjadi dengan saya dan seorang penulis undangan yang pernah bersama2 menulis di sini satu waktu dulu.... *sigh* hehe... saya tidak menyalahkan dia kerana bertanya... terima kasih kerana mengambil berat... dan kerana itu juga saya merasa ianya satu keperluan utk saya jelaskan di sini...
saya dan dia kini... masing2 telah punya kehidupan sendiri dan kami tak seiringan lagi.... mungkin kerana jarak yang memisahkan, meminta pengorbanan ini.... cukuplah ini penjelasannya..... apa2 persoalan yang mungkin akan timbul tentang mengapa, bagaimana, kenapa etc etc... harap lupakan aje.... kerana saya tak akan menerangkannya....
Harapan saya cuma... saya hanya inginkan pengertian.. agar tiada persoalan dan pertanyaan tentang itu lagi...

Wednesday, February 22, 2006
Kasihku Sinar....
Kasihku sinar tanpa cinta
Sinarnya tanpa asmara
Dengarilah hatiku rindu
Kasihku mekar tak berbunga
Mekarnya di dalam jiwa
Biarkanlah biarkan saja
Kasihku sinar
Photo by : Gerimisalji
Marseille, France
Wednesday, February 15, 2006
...Cinta... ...Love... ...Ai... ...Amor...
Baru berpeluang menjelajah ke seluruh pelosok dunia blog hehe... Rata rata blog yang aku lawati.. menceritakan perihal dan episod cinta.. Cinta lama... cinta baru... cinta pada yang SATU.... Manusia memang kaya dengan episod cinta... kerana hidup kita bermula dengan cinta juga kan...?
Sebenarnya aku jatuh cinta dengan kata2 kak Darling... Izinkan aku kongsikan di sini...
Okeh.. habislah episod cinta di sini... Maaf kerana agak lama blog ini ku biarkan usang... Sesuatu yang menuntut lebih perhatianku perlu untuk aku dulukan... Rindu juga pada bintang dan semua 'pemerhati'nya hehe... Kalian sihat?
Ingin berkongsi sesuatu dengan kalian tapi tak tahu bagaimana ingin aku mulakan... dan takut juga niat untuk berkongsi ni disalah ertikan... Biarlah saya mulakan dengan ucapan jutaan terima kasih buat zuril kerana mengirimkan ini pada saya.... rasa sebak... nak menangis pun ada.. bila baca satu persatu apa yang tertulis...
Subhanallah... Subhanallah... Subhanallah... Baru kini saya mengerti kenapa saya kerap mengulang2 membaca beberapa ayat dalam surah tersebut.... mengapa saya selalu rasa sebak dan sukar utk menghabiskan certain ayat... kenapa begitu dan kenapa begini... susah utk saya terangkan di sini... yang pasti... apa yang saya lakukan seperti dipandu dan disuruh... walhal.. saya sendiri tak mengerti apa sebenarnya yang saya lakukan ketika itu.... Artikel itu seperti membawa saya kembali pada masa lalu... saat dan ketika.. saya kalah dengan permainan hidup yang saya sendiri cipta... saat dan ketika itu yang ingin saya lupa.....
Sebenarnya aku jatuh cinta dengan kata2 kak Darling... Izinkan aku kongsikan di sini...
cinta bukan untuk ditangisi tapi dinikmati. cinta yg suci murni serta tulus mulus tidak memerlukan air mata tapi tertawa ria. perhubungan yg harmoni dan penuh kompromi biasanya bergerak atas landasan yg tenang lurus dan menuju matlamat.
bergembiralah menerima kehadiran cinta, tapi sebaik ia menyebabkan hati kita gelisah dan tumpuan terhadap TUHAN dan pelajaran/kerja kian menghilang tinggalkan lah cinta tu..dan bina cinta baru. sebenarnya tak perlu tergesa2 membina cinta.tiba masanya ia akan datang sendiri. sesuatu yg datang tanpa perlu ditagih biasanya lbh bertahan lama, ikhlas dan jujur.
'orang bijak tidak tewas oleh cinta, tapi cinta tertewas olehnya kerana dia berjaya menjadikan cinta itu jambatan menuju ke syurga'..