Tuesday, February 06, 2007

Izinkan Ku Pergi

Kaer - Izinkan Ku Pergi

Sinaran mata cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam
Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya abadi kasih kita
Kau bawa bersama
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga selamanya

Pergilah rindu ku hilangkan diri mu
Tak sanggup menangung derita di kalbu ku
Pergilah sayang ku
Bermula semula semangat cinta ku
Membara kerana dia Tiada niatku
Tersemat jiwa setia bersamanya
Cinta murni berdua Beribu tahunnya
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya

Pergilah rindu ku hilangkan diri mu
Tak sanggup menanggung derita di kalbu ku
Pergilah sayang ku
Bermula semula semangat cinta ku
Membara kerana dia tiada niat ku…

Pergilah sayang ku
Bermula semula semangat cinta ku membara
Kerana dia tiada niatku...
Maafkan daku duhai kasih
Izinkan ku pergi

Klik Untuk Muat turun


Lagu lagi hari ini.... Pertama kali mendengarkan lagu ini.... ermmm ada sedikit kesayuan di hati. Melodinya seperti ketika saya mendengar lagu korea yang bertajuk Haru nyanyian Kim Bun So(ntah betul ntah tak ejaannya). Maksud saya kesedihannya bukan persamaan melodinya hehe.... Walau saya tak faham apa yang dinyanyikan tapi kesedihan itu sampai di hati saya dan tanpa disedari air mata saya mengalir. Ermm atau mungkin ketika itu saya memang hendak menangis... keke apa apa lah labu.... :p

Monday, February 05, 2007

Asyik Ku lagukan

Zamani - Asik Ku Lagukan

Selaut kesedihan sanggup aku seberangi
Luahan rasa hati insan sedih sejati
Asalkan kuhindari dalam diri
Menawan jiwa raga hingga resah ke sanubari
Terima saja semuanya pada gelora ganas
Kudis cedera luka parah

Korus:
Biarkan saja pengalaman bersilih ganti
Membujuk lembut menggamit duka
Bagiku hanya sebaris coretan
Lembaran hari yang tak dapat tidak harus ku
Berani salur dan bersedia lalui

Berkali sudah kasihku putus di tengah jalan
Berkali sudah cintaku musnah dihancurkan
Berkali pula kasihku cuba selamatkan
Berkali pula cintaku sambungkan
Berkali sudah ghairahku hilang dan rawan
Berkali sudah asyik ku lelah dihambakan
Berkali pula aku cuba dilarakan
Berkali pula asyikk ku lagukan

Eeem...asyik ku lagukan


Semalam, 4 Februari.... merupakan hari ulangtahun teman saya yang ke 28.... hehe angka itu... mengingatkan saya pada umur saya juga... Saya juga akan berumur 28 pada 28/08 tahun ini.... baper banyak lapan daaaa hehe... Apa pun... saya sentiasa akan doakan kesejahteraan dan kebahagiaan dia sekeluarga tidak hanya pada hari ulangtahunnya.... tetapi juga pada hari hari seterusnya... insyaAllah......

Alhamdulillah... segalanya berjalan seperti apa yang dirancangkan.... Syukur saya ke hadrat illahi kerana meminjamkan saya nikmat yang tidak terhingga ini. Untuk seketika saya benar2 merasa gembira... tak keterlaluan saya katakan yang saya bahagia.

Last week saya ada meminta beberapa org sahabat utk mencarikan saya lirik dan fail mp3 lagu zamani - asyik ku lagukan.... Dan hari ini, lirik lagu tersebut sudah ada dalam inbox saya... cuma mp3 nya sahaja yang belum ada. Katanya..... masih tak berjumpa lagi... Jadi... kawan2... sesiapa yang ada fail mp3 lagu zamani ni... tolong send pada saya ye.... boleh send ke ham_jb@yahoo.com ..... Terima Kasih semua.....

Wednesday, January 31, 2007

Merayakan yang bukan hak kita

Saja nak copy paste benda ni sebagai ingatan buat kita semua.....


Sebagai umat yang mengaku beragama Islam, kita mempunyai hak untuk merayakan hari-hari besar yang kita miliki yang termaktub dalam kitab dan yang disepakati oleh para ulamak. Bermula dari satu Muharram yang merupakan tahun bersejarah kerana Hijrah Nabi Muhammad saw dan umat Islam dari Mekah ke Madinah. Kemudian 12 Rabiulawwal hari kelahiran Rasulullah, Rejab peritiwa Israk & Mikraj, Syaaban dengan nisfu syaabannya, sehinggalah bulan Zulhijjah ada saja hari besar yang boleh kita raikan.

Persoalannya mengapa hari ini umat Islam terutamanya generasi muda tidak ambil peduli hari-hari besar Islam ini. Remaja Islam kita lebih menunggu kehadiran 1 Januari untuk bersukaria. Kemudian pula menanti 14 Februari untuk merayakan hari yang disebut “valentine day”, selepas itu bergurau senda dan mengenakan kawan rakan pada 1 April yang disebut “April fool”. Sedangkan kita sering diberitahu disetiap ketika hampirnya hari-hari tersebut agar jangan merayakan sambutanhari-hari berkenaan kerana ianya bercanggah dan tidak ada kena mengena dengan agama Islam. Sebaran email membantah hari-hari seperti itu dirayakan sering sampai kepada kita malah kadangkala khutbah Jumaat juga sering menyentuh perkara ini betapa ianya tidak boleh disambut kerana tidak digalakan dalam Islam. Semua ini tidak diambil peduli dan umat Islam terutamanya para remaja masih terus merayakannya.

Menyambut tahun baru contohnya, bermula dari 31 Disember petang para remaja berduyun-duyun ke tempat-tempat keramaian di mana acara sambutan itu diadakan. Dengan pakaian yang terlalu mendedahkan dan berpacaran bersama pasangan masing-masing mereka tanpa segan silu melakukan sesuatu yang melampaui budaya adat dan agama.

Begitu juga dihari “Valentine day” pasangan yang kononnya sedang berkasihan bertukar-tukar hadiah, bercumbuan dan ada yang beralkohol sehingga mabuk sebagai tanda setia pada kekasih. Meeka hanya sedang di alam percintaan sahaja yang belum pun disahkan sebagai suami isteri yang sah tetapi telah melampaui perjalanan hidup suami isteri. Apakah maknanya semua ini?

Penganiayaan, tipu helah, gurau senda melebihi batasan dan pembohongan menjadi mainan pula pada “April fool” yang sehingga kita tiada hak untuk menunjukkan kemarahan apabila diri dihina atau ditipu pada hari itu. Sedangkan di dalam Islam yang cukup indah melarang sama sekali untuk menipu, berbohong dan menjatuhkan maruah orang lain. Kenapa pula pada “April fool” dibenarkan dan dihalalkan? Siapakah yang mengajar semua ini?

Tidak ada dalam sejarah agama kita yang menunjukkan bahawa budaya-budaya songsang yang dinyatakan di atas tadi diperkenalkan oleh mereka yang asalnya dari orang Islam sebaliknya budaya kotor ini diperkenalkan kepada kita oleh masyarakat lain yang tidak beragama Islam. Merayakan tahun baru masehi dibuat oleh masyarakat Kristian beratus tahun yang lalu sebelum budaya ini merebak sampai kepada pengetahuan umat Islam. Apabila umat Islam diperkenalkan dengan budaya ini, kita terus sahaja menerima segala perlakuan dan tatacara kaedah merayakannya tanpa tapisan menyahkan unsur-unsur negatif yang terdapat dalam sambutan itu. Kita menerima bulat-bulat tanpa pengubahsuaian agar ianya tidak bercanggah dengan kehendak agama.

“Valentin day” merupakan perayaan memperingati seorang paderi tetapi apabila dinobatkan sebagai hari kekasih, kita langsung menerimanya walaupun kita telah tahu sejarah dan asal usul bermulanya hari itu. Kita buat-buat tidak peduli. Hari ini ramai sudah tahu bahawa valentine mengambil sempena seorang paderi St. Valentino pula merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordova, Sepanyol pada zaman lampau.

Rasulullah lahir pada 12 Rabiul Awal manakala tarikh kejayaan St.Valentino dan konco-konconya menawan Cordova daripada umat Islam ialah pada 14 Februari. Peliknya terutama di kalangan umat Islam sendiri, tarikh 14 Februari lebih senang untuk diingati berbanding 12 Rabiul Awal itu sendiri. Pelbagai acara diadakan pada hari itu oleh anika pertubuhan, orang perseorangan, edaran kad-kad ucapan hatta malah ada juga media elektronik yang mewujudkan satu program hiburan sempena Hari Valentine.

Mengikut ceritanya seperti dijelaskan oleh Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali berkata, Valentine atau nama sebenarnya St.Valentino merupakan seorang paderi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi.

Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino sebagai rakyat Cordova.

Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana berlainan agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu.

Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara paderinya itu buat sementara waktu. Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan khas untuk St. Valentino sendiri.

Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat Islam sendiri menganggap Hari Valentine itu? Atau pun, mereka hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu.

Menyentuh kepada “April Fool's Day” ini, dipercayai ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada,Sepanyol. Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian dan penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan usaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini,ditipu bahwa mereka dibenarkan meninggalkan Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh diperlabuhan. Orang-orang Muslim ini pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan dan setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Malangnya pada keesokan harinya (1April), ketika menuju ke pelabuhan pihak musuh mengambil kesempatan untuk menggeledah, membakar dan membunuh penduduk-penduduk Islam ini.

Penipuan inilah yang dinamakan “April fool” yang mereka rayakan dan hari ini kita umat Islam juga turut sama menyambutnya.

Lalu ingin ditanya di sini di manakah maruahnya kita hari ini.? Tidakkah kita merasa malu dan terhina merayakan sesuatu yang bukan merupakan hak dan budaya kita? Apakah kurangnya kita jika kita membiarkan hari-hari itu berlalu sahaja tanpa kita ambil peduli? Dan apa pula yang kita dapat kerana merayakannya?

Jawapannya kita tidak mendapat apa-apa ketika merayakannya malah menghina diri sendiri dan kita tidak rugi apa-apa jika menjauhinya. Oleh itu lupakanlah hari seperti itu yang tidak membawa sebarang kebaikan.

Sunday, January 14, 2007

Aiyaaa

aiyaaakk.... saya saja menggatal move to new blogger... dan hasilnya 'bintang pink' saya ilang huhuh nanti ada waktu saya akan 'pink' kan semula blog saya... atau perlu ke saya untuk mencuba warna lain utk 'bintang' saya ni...?

Dan Tak Mungkin

Hari ni punya kesempatan untuk meninggalkan jejak pada blog teman2.... Singgah di Ruang-waktu dan telinga menikmati melodi lagu Dan tak mungkin nyanyian agnes monica.... dan.. hati tertangkap pada bait2 kata liriknya.... Tersenyum saya sendirian.... persis cerita itu...

Masih lagi saya tersenyum.... senyum mengingatkan bagaimana riangnya dia bercerita tentang kisahnya. Saya tidak mahu melihat selain dari senyuman dan keriangan itu. Sungguh... !

Dan Tak Mungkin - Agnes Monica

Wajahmu dan hatimu
Dan tentang dirimu
Selalu oh berada
Di dalam hatiku

Sejak awal bertemu
Aku tahu rasa itu
Namun tak mungkin aku
Untuk memilihmu

(Korus)
Dan tak mungkin untukku
Untuk gapai cintamu
Walau rasa di hati
Ingin memiliki mu (ku milikimu)

Cinta harus berkorban
Walau harus menunggu s’lamanya
Aku tahu kau bukan
Untuk ku