Sunday, July 31, 2005

Ahli sains temui planet ke-10

Penemuan berkenaan mungkin memaksa buku teks sekolah ditulis semula

LOS ANGELES: Seorang ahli astronomi Amerika Syarikat mendakwa beliau menemui planet ke sepuluh dalam sistem solar yang akan menyebabkan ahli sains perlu melakar semula peta astronomi.

Jika perkara itu benar, penemuan Mike Brown dari Institut Teknologi California akan menjadi planet yang pertama sejak penemuan Planet Pluto dikenal pasti pada 1930 yang menjadi planet kesembilan yang mengelilingi matahari.

“Ambil pen anda. Mulai hari ini tulis semula buku teks,” kata Brown, profesor astronomi planet ketika mengumumkan planet ke-10 dalam sistem solar itu sebagai lebih besar daripada Pluto.Brown berkata, planet itu paling jauh yang pernah ditemui dari orbit yang mengelilingi matahari iaitu kira-kira 15 bilion kilometer dari Bumi.

“Ia mungkin satu setengah lebih besar dari saiz Pluto,” katanya dalam temubual telefon dari CalTech, di Pasadena, Los Angeles.

Ia dianggarkan kira-kira 97 kali lebih jauh dari matahari berbanding Bumi dan dinamakan sebagai ‘2003-UB313’ serta yang ketiga lebih menyinar dalan lingkaran Kuiper.

Sehingga kini belum dapat dipastikan saiz sebenar planet baru itu tetapi kecerahan serta jaraknya dianggarkan sekurang-kurangnya sebesar Pluto dengan diameter 2,302 kilometer.

“Kami 100 peratus yakin bahawa ia objek pertama yang lebih besar daripada Pluto pernah ditemui di dalam sistem solar,” katanya.Penemuan oleh Brown bersama rakannya, Chad Trujillo dari Makmal Cerapan Gemini di Mauna Kea, Hawaii dan David Rabinowitz dari University Yale pada 8 Januari lalu akan memberi tambahan baru kepada sistem cakerawala.

Planet itu pertama kali ditemui pada 31 Oktober 2003 menggunakan Teleskop Samuel Oschin di Makmal Cerap Palomar di San Diego, California.

Ahli astronomi terbabit mengemukakan cadangan untuk nama planet itu kepada badan sains kerajaan, International Astoronomical Union dan menunggu keputusan badan itu sebelum membuat pengumuman. – AFP

---------------------------------------------------------------------

Aku cukup tertarik dengan apa yang aku baca di akhbar Berita Minggu hari ni. Artikal di atas aku ambil dari arkib Berita Harian. Akhir2 ini kita sering digemparkan dengan berita bom sana sini khasnya di luar lingkaran negara kita manakala di ruang lingkup negara kita sendiri rata2 akhbar sering memperkatakan isu AP (Termasuk isu Ayah Pin kuikuikui sampaikan di Redang pun aku disajikan dengan Tayangan ala2 dokumentari Ayah Pin ni huhu)... Isu2 panas dan hangat diperkatakan sekarang ini mungkin menenggelamkan berita atau informasi2 yang lebih penting utk kita proses dan seterusnya ditanam dalam minda kita. Banyak lagi yang ingin dikongsi bersama... tapi aku rasa better tengok sendiri kat e-paper tu ahak ahak (Jangan marah ye keke)... Oh ya.. sedikit lagi lanjutan informasi dari keratan berita di atas.....

  • Planet Ke-10 ditemui

  • Planet pertama dikesan sejak penemuan Planet Pluto pada 1930 .

  • Planet itu pertama kali ditemui pada 31 Oktober 2003 menggunakan Teleskop Samuel Oschin di Makmal Cerap Palomar di San Diego, California

  • Penemuan baru memaksa buku teks ditulis semula

  • Planet ke-10 lebih besar daripada Pluto

  • Terletak kira-kira 15 bilion kilometer dari Bumi.

  • Penemuan menghampiri kenyataan dalam al-Quran yang menyatakan kewujudan 11 planet.


  • Begitu sempitnya waktu.... Begitu besarnya cinta.... -Ungu Violet

    Saturday, July 30, 2005

    Mimpi Yang Tak Sudah

    Ibnor Reza - Mimpi Yang Tak Sudah

    Apa makna impian
    Datang dan pergi
    Membawa hati
    Menyusuri kembali
    Jalan-jalan sepi

    Kau kah di situ
    Yang menantiku
    Atau jelmaan
    Dalam kenangan
    Yang bernama pengalaman

    ( korus )
    Siapakah di antara kita
    Dengan rela menjadi pendusta
    Siapakah dulu membina harapan
    Dan siapa yang memusnahkan impian
    Tanpa sebab dan alasan
    Kau mainkan perasaan
    Bagai taufan tiba-tiba datang
    Dan menghilang

    Kau bayang-bayang
    Masa nan silam
    Ada ketika terbawa-bawa
    Oleh resah mimpi yang tak sudah


    Ermm tiba2 rase nak nangeh lak dgr lagu nih.... Benar2 terusik dengan senikatanya barangkali.... Kadang2 aku rasa aku ni macam patung.... membiarkan saja anak2 itu menggerak2kan kaki dan tanganku sesuka hati. Dan setelah mereka kepenatan mereka akan lemparkan aku ke tepi.. ke satu sudut yang aku sendiri tidak tahu mana letaknya. Dan di daerah asing ini, aku tercari2 siapakah seterusnya yang akan menyelamatkan aku, meletakkan aku ke tempat asalku atau mereka juga seperti anak2 tadi... yang sewenang2nya membuat sesuatu bagi memenuhi masa yang terluang ? ahh.. mainan perasaan cuma...

    What goes around comes around... What goes up must come down... it's called karma and it's goes around....

    Thursday, July 28, 2005

    Ombak

    Akhirnya... aku dah leh upload gambo2 kat Redang aritu... Sorryla.. gambo aku tak berapa cun... maklumlah jarang pegang digicam hihi org kampunglah katakan(org kampung skang lagi advance dari aku haha)... Banyak sgt gambar tapi aku akan upload sikit demi sikit ok... So for this 1st episode... aku upload gambar2 ombak hehe...

    Image hosted by Photobucket.com


    Aku suka sangat dengan ombak. Suka dengan bunyi ombak setiap kali ia menghempas pantai. Tak jemu2 ia kembali dan terusan melakukan kerja2nya. Dan pantai pula setia tidak berganjak meskipun ia berubah...tapi masih di situ menunggu pulangnya ombak laksanakan rutinnya. Walau besar dan sederas manapun ia datang pantai tetap teguh disitu merelakan dirinya dipukul berkali2... (haha amende aku merepek nih aduiii)

    Image hosted by Photobucket.com


    Sebenarnya aku takde idea nak tulis apa hihi... Niat kat hati ni cuma nak upload gambar sebab tu tiada bait2 perkataan yang bermain di fikiranku ini.Hanya upload kwang3x... semakin lurus dan semakin bendul aku sekarang ni hehe.... Dua pic dululah ye... Lain kali aku sambung. Fotopages aku pun baru upload 2 gambar ni jek eheeee...

    Wednesday, July 27, 2005

    Ketahuilah OlehMU....

    Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
    Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

    Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
    Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

    Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
    Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

    Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelepon...
    Allah SWT selalu berada disampingmu.

    Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
    Allah SWT punya jawabannya.

    Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
    Allah SWT dapat menenangkanmu.

    Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
    Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

    Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
    Allah SWT telah memberkatimu.

    Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
    Allah SWT telah tersenyum padamu.

    Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
    Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

    Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
    Allah SWT TAHU .......

    -------------------------------------------------------------

    Semoga aku tahu, ingat dan tak akan pernah lupa... Jangan hanya ketika berduka baru mengingatinya... Ingatan utk diri aku sendiri... kerana aku hanya manusia yang tak pernah lekang dari kesilapan. Jika diteliti sikap aku... hehe boleh dikatakan aku org yang paling banyak buat silap... dari kecil hinggalah skang nih ahak... kadang2 bila teringat kisah2 lalu boleh buat aku senyum sendiri.... apa taknya.. asyik jadik bahan gelak kawan2 jek... ada yang kata aku pelik... luculah huhuhu menci tol uhuhuhuhu... Kawan2... jgn cerita kat org ye kekekeke... Rahsia kita eh ahak...

    Tuesday, July 26, 2005

    Siapakah Kita?

    Siapakah orang yang manis senyumanya?
    Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa
    musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
    berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir
    senyuman.

    Siapakah orang yang kaya?
    Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan
    tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

    Siapakah orang yang miskin?
    Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada
    sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

    Siapakah orang yang rugi?
    Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun
    masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

    Siapakah orang yang paling cantik?
    Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

    Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang
    mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
    amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata
    memandang.

    Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
    Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak
    membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

    Siapakah orang yang mempunyai akal?
    Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
    kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa
    neraka.

    Siapakah org yg KEDEKUT ?
    Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang email ini begitu
    sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain

    **Terima Kasih Nurul Hanis Ibrahim sebab fwd email nih kat aku eheee...