Wednesday, August 03, 2005

Mencari Mimpi

Mencari Mimpi

Sepanjang perjalanan
Meniti kehidupan
Ku cari mimpi-mimpi
Tak pernah kutemui

Umpama pengembara
Kuhadapi segalanya
Walau sering terkecewa

Sekali ku melangkah
Aku kan terus melangkah
Biarpun kusedari
Ku meniti pelangi

Kerana keindahan
Warnanya mempesona
Kelabu pandangan mata...

Lingkungan warna-warna indah
Biar seketika
Pelangi di langit yang muram
Mengasyikkan...

Sejenak kubiarkan diri
Melayani hati
Mencari mimpi-mimpi indah
Sia-sia

Seumpama...
Pengembara...
Terpedaya...

Kerana mimpi... hanya mimpi



Aku tidak tahu apa yang akan berlaku pdku masa akan datang... Aku terlalu tulus percayakan dia... Masih wujudkah ketulusan itu dalam diriku.... masih bersisakah? Mungkin ini 'lesson' yang tuhan ingin beri padaku.... Tak semua orang menghargai ketulusan yang diberi malah ada yang mengambil kesempatan atasnya....

No comments: