Aku teringat akan kata2 'seseorang' satu waktu dulu. Kalau hendak menimba ilmu.. kita perlu kosongkan minda kita. Aku bertanya apa rasionalnya kerana bagiku persediaan semasa kita belajar juga perlu ada. Sekurang kurangnya minda kita tidak kosong dan hanya menerima sahaja apa yang diajarkan. Dan 'seseorang' itu berkata dan menyuruh aku ibaratkan minda kita sebagai cawan yang berisi air. Dia mengajak aku berfikir... cawan yang berisi air itu walaupun tidak penuh jika kita terus mengisinya tanpa henti, lama kelamaan isinya akan melimpah ruah bukan? Begitu juga dengan minda kita. Jika kita melapangkan minda kita.. Insyaallah apa yang masuk akan tetap menghuni di situ...
Hati merupakan nadi pada kehidupan manusia. Jika hitam hati kita maka hitamlah seluruh diri kita... Benarkah? Benarkah yang hitam itu tidak harus lekat pada hati ? Benarkah yang hitam itu cuma lambang dendam dan kemarahan?
No comments:
Post a Comment