Friday, March 06, 2009

Hanya Milikmu

Ku hanya milikmu
Cuba kau rasa
Yakinnya hatiku
Meski kau tinggalkan
Masih ku milikmu
Mengertikah
Bila cinta ini
Tak akan pernah
Sedikit pun pudar
Selain untukmu

~Anuar Zain - Hanya Milikmu

Sunday, February 15, 2009

Graduate housewife

Ada yang berkata bahawa golongan ini telah mensia-siakan apa yang telah dipelajari sewaktu zaman universiti kerana memilih untuk menguruskan rumahtangga....

Ada juga yang berkata golongan ini terlalu banyak berkorban utk keluarganya....

Malah, ada juga yang berkata mereka lebih mahukan anak2 dan keluarga terurus tanpa campurtangan org luar.... Itu kepuasan sebenar...

Bagi anda pula...Bagaimana?

Saturday, January 17, 2009

.. Sinar ..

Saya harapkan sinar... bukan sirna yang selalu hadir... :)
Saya tahu... mungkin... saya ada bersalah di mana-mana... tanpa saya sedari dan ketahui.... Dan.. saya juga bersyukur... kerana ia merupakan tanda.... tanda kasih Illahi pada diri yang sentiasa berdosa...

Saya harapkan sinar... Moga ada cinta yang lahir dalam hati kami....

Sunday, December 14, 2008

Disember lagi....

Sekejap saja dah disember kan.. Disember utk 2008.. ntah apa-apa yang saya buat...

Saya pun tak tahu kenapa dengan saya ni... Bila terlalu sibuk, saya jadik pening kepala kerana tak tahu macam mana nak habiskan semua kerja yang dilambakkan kepada saya... Tapi bila dah terlalu tak sibuk... saya pun jadik pening kepala jugak sebab tak tahu apa yang patut saya buat hihi... Aihh saya ni jenis manusia yang tak tahu bersyukurkah?? ermmmm...

Walau bagaimanapun... 2008 akan berlalu pergi dan membawa bersama semua kenangan indah yang saya lalui.... dan saya pasti tiap satu ada hikmah yang tersendiri...

Oh yaaa... ! Anda semua dijemput untuk melayari sesuatu hasil dari masa lapang saya kwang3x... presenting my suka-suka project..

Sunday, August 31, 2008

Tak patriotikkah saya ??



Ermmm... malas nak mengeluh dah.... Hanya satu entri untuk bulan ogos... Harapan aje nak update setiap hari....

Sepanjang minggu lepas.. lelah betul... hectic sangat rasanya. Tapi tak mengapalah... seperti nasihat seseorang... mungkin kafarah untuk saya... Bermula dengan badan yang tak berapa nak sihat... lepas tu... tayar kereta pula ditoreh wawawawa... ada beberapa orang keliling yang membuat saya seperti berfikir semula tentang kondisi kami....

Kemudian... saya menjadi penjenayah... (waaaaaaaaaaa saya langgar kucing huhuhuh)hasilnya... saya menangis semalaman (hahahaha tak senonoh)... dan demam pun tak kebah2 juga. Makin teruk ada laaa... Masih lagi terasa dengan seseorang tentang sesuatu... Dan saya seakan pasti untuk menoktahkan kondisi kami.... Titik !!

Hari lahir saya yang ke 29 pada 28 Ogos diingatkan oleh seseorang yang berada jauh di utara semenanjung malaysia. Terima kasih atas ingatan dan juga kiriman tersebut... Juga atas doa-doa yang dititipkan... Hanya tuhan yang mampu membalas kebaikan yang diberi.

Seterusnya.... saya dilabel sebagai tidak patriotik kerana tidak meletakkan bendera pada kereta saya? Ermmm kayu pengukur apa yang anda telah tetapkan dengan melabel saya sebagai tidak patriotik... Patriotikkah dengan hanya meletakkan bendera berkibar pada kereta atau pada rumah masing2?

Hendak saja saya katakan... Saya lebih rela dikatakan sebagai tidak patriotik daripada menjadi penyumbang kepada bendera2 yang bersepah2 di tengah2 jalan.. dipijak2... dilenyek2 oleh kenderaan... tapi... kata2 itu saya telan dalam-dalam....

Ramadhan datang lagi... Alhamdulillah kita semua masih lagi berjumpa dengan Ramadhan tahun ini... Marilah kita bersama2 mengambil kebaikan dan keberkatan Ramadhan kali ini... Mana tau ini merupakan Ramadhan terakhir kita... Siapa tahu kan?? Salam Ramadhan semua...