Tuesday, July 03, 2007

Hari yang cerah untuk jiwa yang sepi

Eceeehhh... tajuk macam ye ye aje.... keke... baru lepas dengar lagu yang bertajuk sebegitu nyanyian peter pan.... dan tiba2 terasa diri sebagai jiwa yang sepi?? ermmm
Benarkah?

Kadang2 rasa seperti malas nak memikirkan duduk satu perkara itu sedalam-dalamnya kerana tidak semua yang kita fikirkan itu akan berlaku.... tetapi pada satu2 ketika... perlu untuk kita fikirkan kesemuanya..... kerana kita perlu untuk menentukan satu2 jalan yang akan kita pilih... dan seterusnya kita lalui....

Jauh di sudut hati saya... saya mengharapkan sesuatu itu berlaku... Namun, saya faham akan ketentuan yang dah diberikan.... walau harapan itu sentiasa ada, saya selalu mengingatkan diri untuk menyimpan sebahagiannya sendiri....

Ermmm... apa lagi ye... sudah lama tidak menulis sebegini... Rasa macam banyak yang ingin diluahkan namun semuanya seakan terhenti di situ...