Sunday, December 31, 2006

Hal Yang tidak Terlihat

Tiba kita pada hari terakhir 2006. Istimewanya hari ini merupakan sambutan aidiladha bagi semua umat islam. Salam Aidiladha buat semua... Semoga pengisiannya bermakna. Kebiasaannya.... hari ini saya akan mengeluarkan apa yang ada di fikiran dan menzahirkan dalam bentuk penulisan. Tapi... mungkin tidak pada hari ini... Mengapa? Saya rasa... saya perlu menyimpan sedikit memori untuk diri saya....?? Mungkinn....? atau dengan kata sebenarnya... saya tak punya idea hehehe... itu lebih mudah kan...? hihihihi

Tiada catatan tersirat di sini... semuanya saya perkatakan secara umum... Namun, maaf andai ada pihak yang terasa dengan setiap catatan saya. Kan memang lazimnya sebegitu... siapa yang makan cili... dialah yang kan rasa pedasnya... Saya tidak suka berkasar terutama kepada orang yang lebih tua daripada saya.... bahkan dengan orang yang umurnya muda dari saya pun... seboleh mungkin saya cuba untuk tidak berlaku kasar... samada dengan perbuatan ataupun perkataan.... walaupun mereka ini telah bertindak sesuatu yang di luar jangkauan fikiran saya... mungkin di luar jangkauan fikiran manusia??

Kerana apa?? kerana saya punya ayah... yang mungkin seusia itu atau mungkin lebih tua... Memang tidak sepatutnya membandingkan.... tapi asasnya seorang ayah itu punya tanggungjawab... dan sekiranya seorang ayah itu melakukan penganiayaan terhadap insan lain... tidak terfikirkah bahawa dia juga punya anak yang akan menjalani kehidupan yang sama seperti insan2 yang dianiayainya itu....? tidak takutkah akan dia sekiranya ada insan lain yang melakukan perbuatan yang dilakukannya terhadap anak2nya.....?? Memang kita bukan penentu hukuman... tapi dunia inikan bulat.. batu yang kita lempar tidak mustahil akan terkena pada diri kita sendiri... kalau tuhan kata 'Jadi'... maka, jadilah ia... bukan?

Apa yang cuba saya katakan.... saya tidak mahu ada anak2 insan lain yang bersikap kasar kepada kedua ibu bapa saya... kerana itu saya tidak mahu berkasar kepada ibu dan bapa orang lain.... saya percaya tiap apa yang kita lakukan dan perkatakan memang ada balasan... PASTI !!... hanya kita yang tak menyedarinya... Seperti kata pujangga...

"Sesungguhnya sebahagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, karena jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) niscaya tumbuh sebahagiannya"


Itu baru perkataan.. dan saya pasti konsep yang sama digunapakai dengan kelakuan kita... Tak perlulah saya mencari ayat2 utk menyokongnya kerana Konsep dosa pahala, syurga dan neraka pun sudah cukup untuk menerangkan bahawa tiap perbuatan memang akan ada balasan.

Apalah yang saya merepek panjang2 ni... hehe... Saya sentiasa ingatkan diri... dalam setiap apa yang saya lalui... Redha itu kunci... Merelakan itu penting. Walau tampak tabah umpama Siti Hajar, yet hanya untuk mengabui mata insan2 lain n worst untuk diri sendiri. Namun, semua itu akan menjadikan kita berada pada satu tahap kematangan yang lain. Itu juga anugerah, bukan? Berharap pada rahmat dan hidayahNYA... kerana seperti kata Pak Samad Said... "Kita ini tetamu senja... bila tiba detik kembalilah kita kepadaNYA"...

Waktu senja yang terlalu singkat itu diumpamakan sebagai kehidupan kita. Kita datang dengan diri yang kosong.... dan kita pulang dengan apa? apa yang kita bawa sebagai bekalan kita? adakah pulang sebagai hambaNYA yang taat dan penuh berkat atau... sebagai hambaNYA yang menzalimi diri sendiri? hamba yang tega melihat kehancuran jasadnya dihadapan tuhannya?

No comments: