Tuesday, May 16, 2006

Serpihan Rasa

Tadi, selesai makan tengahari saya berehat-rehat di restoran sambil membaca akhbar. Akhbar Harian Metro di atas meja saya capai. Satu persatu helaiannya saya selak. Terbaca satu berita tentang penemuan mayat seorang bayi yang telah kembung perutnya di dalam tangki tandas sebuah pusat membeli-belah di Pasir Gudang. Daripada apa yang saya faham, mayat bayi itu dijumpai di dalam tangki yang menakung air yang kita gunakan untuk mengepam tandas (flush). Benarkah pemahaman saya itu? Ntah saya sendiri kurang pasti. Terdetik di hati saya tentang satu perkara... Bagaimana pelaku tergamak memasukkan makhluk bernyawa di situ? Apalagi makhluk bernyawa itu merupakan sebahagian dari diri kita, darah daging kita? Saya pasti yang memasukkan bayi tersebut adalah tangan ibunya sendiri. Ahh.. ibu zaman sekarang.. lagi kejam dari ibu-ibu tiri yang digambarkan dalam filem melayu dulu-dulu. Sekurang-kurangnya ibu-ibu tiri yang kita lihat tidak membunuh anak mereka sedemikian rupa.

Serta merta ingatan saya terkenangkan Alesha. Alesha yang saya hanya kenal melalui fotopages ibunya dan tulisan email bapanya. Alesha yang menderita sejenis penyakit yang saya lupa apa istilahnya. Sudah seminggu lebih saya tidak sempat untuk mengetahui perkembangan terbaru Alesha sejak dia dipindahkan ke Hospital Seremban. Keinginan untuk melawat Alesha memang ada cuma masa tidak mengizinkan saya berbuat demikian.

Walaupun saya belum bergelar seorang ibu, setiap apa yang dituliskan oleh ibu Alesha begitu menyentuh hati. Tak dapat saya gambarkan jika saya berada di tempat beliau... Dan baru sebentar tadi saya singgah di Fotopages Zaimah, ibu Alesha... Satu lagi berita kehilangan yang saya dengar bulan ini. Ermmm.. Semoga ibu bapa Alesha tabah menghadapi dugaan ini. Salam Takziah dari saya buat keluarga Alesha. Al-Fatihah.

6 comments:

Anonymous said...

begitulah kalau napsu sudah beraja di hati... tak dapat bezakan antara baik dan buruk...

N.T.C @2003 said...

Ibu ..Ibu..mungkin dia malu atau mungkin blur tak tau nak buat apa...
kesian budak itu ....

Anonymous said...

Sepatutnya sifat ibu itu penyayang,pengasih dan melindungi anaknya...namun kerana hasutan dan cetek keimanan...bayi kecil yang tidak berdosa menjadi mangsa...sesungguhnya dia anakmu yang perlukan belaian dan pembelaan...betapa sedihnya dunia sekarang..terlalu penat dan tenat...

zuril said...

al fatihah untuk alesha abriza (sedap naam dia). sempat jugak jenguk fp tu dan baca skit-skit. kiranya, penyakit yang baby tu kena, pelik jugak kan. apapun, Tuhan lebih menyayanginya.

yang kes buang bayi plak. tataulah nak cakap hati diorang tu jenis macam mana. hingga TERGAMAK nak buat camtu. takde langsung sifat belas dalam diri.

thanks Na, kongsi dua citer yang berbeza tapi terlalu bermakna untuk direnung bersama.

Anonymous said...

Blog Anda telah dinilai oleh Juri Undangan Dare To Blog Contest!

Anonymous said...

Begitulah kehidupan..............