Wednesday, September 20, 2006

Senyum.... ke sengih...?

Saya kurang pasti... saya sedang tersenyum atau tersengih... bukankah sama senyum dan sengih tu? ntah.. saya kurang pasti.... apa bezanya ya?

Salahkah kalau saya tiba2 sahaja hendak senyum? perlukah bersebab senyuman saya itu?

Apa yang pasti.... saya gembira... mungkin kerana itu saya tersenyum walau ada sedikit gundah yang terbit di sudut hati saya... Mengapa ya? Lelahkah? atau saya sudah tidak betah untuk meneruskan permainan yang saya sendiri cipta... atau saya hanya mahu mengambil sikap 'just follow the flow'?

Senyum lagi.... Saya rasa seperti mahu menghentikan waktu.... tidak mahu meneruskan perjalanan kerana bimbang akan satu kehilangan dan tidak mahu juga pergi pada waktu lalu kerana ketidakhadiran sesuatu itu.... Lantas.. apa yang perlu saya lakukan?

Terima Kasih kerana membuat saya tersenyum..... Saya sangat sangat menghargai senyuman saya ketika ini.... sebagaimana saya menghargai kehadiran dia dengan senyuman di hadapan saya... (ecewwaaahhh ntah apa saya merepek ni kekekekeke)

2 comments:

Anonymous said...

Senyumlah..sementara langit tidak merah dan berlangir diam.
ada beza pada sekujur senyuman dan sekeping sengih -- reaksi hati.

Anonymous said...

ngehehehe... mcm a.n.g.a.u jek kak sya..keke =p