Saturday, October 07, 2006

Bila hati bicara

Sudah agak lama saya tidak ke sini... meninggalkan sesuatu di sini.... Memberi ruang pada diri untuk melayani hati. Saya tidak tahu selepas ini saya punya kesempatan seperti sebelumnya melayani hati. Tidak tahu bagaimana keadaan saya nanti... dan... tidak tahu juga bagaimanakah keadaannya hati....

Namun, disebalik kegelisahan itu... saya pasti sesuatu telah disuratkan utk saya oleh pencipta. Bukan saya sahaja bahkan kalian semua.. Perancangan yang sempurna.. meski terkadang hati ini terlalu degil untuk memahami hakikat.

Bercerita tentang seseorang yang saya temui dalam perjalanan hidup saya... ermmm dalam diam saya mengaguminya. Sungguh.. kerana apa? Mungkin kerana keperibadiannya. Mungkin juga kerana dirinya... saya sendiri kurang pasti.. Cuma apa yang pasti sikap 'plain' yg ada di dalam dirinya membuatkan saya selesa.

Secara jujur... saya sudah penat mendengar kata2 manis yang membuai2 perasaan... juga lelah dgn janji2 yang tak pernah ditepati. Saya juga muak pabila mendengar bicara2 angkuh seorang lelaki tentang kehebatan diri.... Atau.... sayakah yang angkuh bila berkata begini? Seharusnya saya sedar akan kejadian manusia yg khilaf.. Maafkan saja mereka yang berkata2 asal saya tidak melakukan yang sama... Begitukah yang seharusnya saya lakukan?

Seseorang yang saya kenali itu selalu mengingatkan saya tentang pencipta saya....
Seseorang yang saya kenali itu tidak pernah membuat perasaan saya terbuai.... sentiasa berpijak di bumi yang nyata....
Seseorang yang saya kenali itu tidak pernah menjanjikan saya apa2... tetapi sentiasa memberi sesuatu yang saya kira berharga utk saya pegang dlm meneruskan perjalanan hidup saya...
Seseorang itu juga pernah berpesan kepada saya agar mencintai si dia yang mencintai agama.... saya akan ingat ini....

Terima kasih wahai seseorang... semoga berbahagia bersama insan2 yang menyayangi anda... Semoga bicara hati ini akan sampai ke hati anda... kerana tiada apa yang sangat berharga yang saya peroleh selain dr persahabatan kita.....

5 comments:

Anonymous said...

skema nyerr ayat kui3...

Unknown said...

tgh berlakon PGL lah.. kene skema2 hehe

Anonymous said...

kamu buat saya terpukul NA...

MDM FARAH FAIZURA said...

aku mencintai agama ku

jadi,

bagaimana?

hehehe

Unknown said...

Intrig : Kenapa ya?

Dingin : Bagaimana?? kita lihat saja seterusnya kuikuikui