Saturday, October 28, 2006

Ingatan 1 : Waspada terhadap perasaan rindu

Rasanya tidak terlambat utk saya ucapkan salam lebaran untuk anda semua.... Bagaimana sambutan kalian? Meriah? atau bagaimana? Bagi diri saya.. Ramadhan dan Lebaran kali ini benar2 menyedarkan saya. Saya perlu menjadikannya ingatan dan saya perlu pastikan keadaan ini takkan sekali2 berulang andai saya diberi peluang untuk bertemu kembali dengan Ramadhan akan datang.... InsyaAllah... Mengapa saya berkata begini? kecewa benarkah saya? kerana... saya tahu apa yang saya isi sepanjang Ramadhan yang lalu.... samada ianya bermakna atau sia-sia... Habis di sini.. titik !

Ingatan pertama yang perlu saya sematkan dalam diri. Saya tahu... saya sudah mula menjerumuskan diri saya ke daerah itu semula. Saya benar-benar merasakannya.... Saya sedar akan perubahan diri saya.... tingkah laku saya... ingatan saya... Semuanya terarah pada satu punca. Terlalu cepat ianya berlaku... mungkin kerana semuanya juga terarah pada sesuatu yang positif yang destinasinya berbalik pada pencipta.... hehe saja je saya bagi ayat putar belit panjang2... biar semua orang tak faham hihihi.....

Oleh sebab itu... saya perlu berwaspada kerana saya kenal dan sedar akan fitrah diri saya yang kadang kala saya kira agak berlebihan dalam sesuatu hal.

3 comments:

azeel said...

memang berbelit-belit! kan mudah saja menulis begini..

"aku sedang ingin bercinta!!!"

Unknown said...

hehehehhe kalau tulis begitu semakin kurang side effect nya hihihihi

Anonymous said...

eheemmm...sedang ingin bercinta ya??semoga bahagia NA :)