Thursday, July 29, 2004

Kecik ati....

Huhuhuhu kecik ati btol aku.... No msgs.... No calls... No nothing uwaaaaaaaaa...
Eventhou dah satu negara yet aku terase semakin jauh.... Macam bintang...kiter tgk nampak dekat tapi nak capai sayang..... tangan tak sampai.....

Aku ader buat salah ker?? Uwaaaaaaaaaaaaaa

Tuesday, July 27, 2004

Zodiak dan Haiwan

ARNAB
01 - 09 Januari / 01 - 03 April / 15 - 20 Jun / 10 - 15 Julai / 28 - 30 September / 01 - 16 Disember
Individu yang tergolong dalam kategori ini ternyata memiliki penampilan yang menarik dan kebiasaannya popular di kalangan teman-teman. Sikap mu yang mudah bergaul menjadikan kamu antara individu yang mudah didekati dan bijak berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tanpa mengira batasan usia mahupun bangsa. Sikap tenang dan bijak yang sememangnya jelas ada pada diri kamu itu juga sering mendapat perhatian ramai dan tidak hairanlah sekiranya kamu sering dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu tugasan secara berkumpulan.


KUCING
01 - 05 Februari / 24 - 31 Mac / 25 - 30 Jun / 27 - 31 Julai / 15 - 27 September / 17 - 30 November
Pemalu dan comel, itulah karakter yang mampu dilihat dengan jelas pada individu yang terdiri dari kelompok ini. Adakalanya individu ini lebih gemar mengikut orang lain dan kurang gemar untuk memulakan bicara atau berbual dengan individu yang tidak di kenalinya. Mereka juga terlalu berhati-hati dalam memilih teman. Dari sudut pandangan lain, ternyata individu dari kategori ini sentiasa bersikap baik hati kepada sesiapa sahaja.


MONYET
01 - 12 Mac / 01 - 13 Mei / 21 - 24 Jun / 01 - 15 Ogos / 01 - 15 Oktober / 17 - 25 Disember
Keperibadian individu dari kategori ini sentiasa menarik perhatian ramai. Kamu juga sentiasa memiliki perwatakan yang ceria dan agresif. Sikap ceria itu telah menarik minat ramai orang di sekeliling mu untuk menjalinkan ikatan per sahabatan dengan mu. Tidak hairanlah sekiranya individu dari kategori ini memiliki ramai teman dan sentiasa bijak menyesuaikan diri walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang gemar bergosip ada kalanya agak kurang menyenangkan sesetengah pihak. Bagi kamu, itu semua tidak penting! Prinsip hidup kamu, ?hidup mesti ceria!? Selain itu kamu juga gemar menarik perhatian orang di sekeliling dan sentiasa ingin menjadi ketua dalam melaksanakan sesuatu perkara.


HARIMAU KUMBANG
22 - 28 Februari / 04 - 14 April / 28 - 31 Oktober

Sikap misteri mu agak menggusarkan orang di sekeliling mu. Walau bagaimanapun kamu tetap memiliki ramai teman. Emosi mu yang sering berubah-ubah menjadikan individu di sekeliling mu sentiasa berhati-hati ketika bersama dengan mu. Selain itu, kamu juga sering dikaitkan dengan pelbagai gosip. Berdasarkan keperibadian yang kamu miliki, ternyata kamu sesuai memikul tanggungjawab sebagai seorang ketua.


TIKUS
10 - 24 Januari / 16 - 23 Mac / 15 - 26 April / 01 - 03 Jun / 01 - 09 Julai / 16 - 25 Ogos
Diam-diam ubi berisi? itulah gambaran terdekat mengenai keperibadian mu. Kamu dikenali sebagai cekap dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan. Sikap terlalu pemalu yang ada dalam diri mu itu harus dikurangkan. Selain itu, sikap kamu yang kelakar dan comel sentiasa menarik perhatian individu di sekeliling mu. Walaupun kamu tidak tergolong dalam kelompok kumpulan popular, dirimu tetap dikenali ramai.


SINGA
25 - 31 Januari / 13 - 15 Mac / 22 - 31 Mei / 01 - 16 November
Kamu memang dilahirkan sebagai pemimpin. Indivdiu di sekeliling mu sentiasa berasa selamat bila berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki ramai teman dan berpewatakan menarik. Sikap peramah dan mesra yang sememangnya wujud secara semula jadi dalam diri mu telah menarik ramai orang untuk bersahabat dengan mu, maka tidak hairanlah sekiranya kamu memiliki teman baru saban hari.


PENYU
15 - 21 Februari / 27 - 30 April / 04 - 14 Jun / 26 - 31 Ogos /16 - 27 Oktober
Sikap lemah lembut dan baik hati memang ada dalam diri kamu. Namun, ada sesetengah pihak agak kurang senang hati dengan sikap mu kerana kamu sering menilai kehendak dan keinginan orang lain hanya berdasarkan persepsi pemikiran diri kamu sendiri. Walau bagaimanapun kamu adalah seorang teman yang dan tidak bersikap seperti talam dua muka?.


MERPATI
06 - 14 Februari / 14 - 21 Mei / 16 - 26 Julai / 01 - 14 September / 26 - 31 Disember
Kamu terlalu mudah untuk jatuh cinta. Kamu juga tergolong dalam kategori individu yang sentiasa bersikap tenang. Sememangnya kamu bukannya dari kalangan individu yang terlalu pemalu, namun kamu lebih gemar bersikap menyendiri dalam kehidupan harian mu.

Huhuhuh sekali lagi aku takder kijer dan melilau kat blog org hhehe dan amik aper yg ader kat atas ni dan paste kat blog aku kiahkiahkiah..... Ade ke patut aku nih penyu?? hehhe mungkin ye kot... spesis yg hampir pupus muahhaahha perasan sungguh !

Telefon

huhuhuhu aku nih bukanlah kaki gayut... pasal aku bukannya rajin sgt nak berckp tapi ada ketikanya aku nih memang akan jadik becok tak tentu pasal hehehhe pelik tol perangai.Kalau dah camnih memang lama lah aku bercakap kat phone heheheh tapi keadaan nih amat jarang berlaku huhuh nasib baik...kot tak mau pening kepala aku tgk bil tepon tetiap bulan hehehhe....

Dan bila mana aku ada mood nak berckp takde sape plak yg ader mood atau sudi mendengar huhuhuhu sedey tauu !!! Dah baper kali dah nih aku excited sgt nak tepon dier.... tp biler call mood aku tiba2 mati ermm adeh deh... hehe biler dah jadik camnih semua benda yg aku nak citer ilang camtu jek laaa...Terbantut mood aku heheh...Penyudahnyee aku yg tensen sorang ahak... huhuhuh sedey....

Friday, July 23, 2004

Coklat

Busan arinih...so cam biasa dok melilau kat blog kengkawan....pastu terbaca lak kat blog Hikaru pasal Coklat ~ Coklat gambarkan peribadi seseorang hehehe... Oleh kerana aku memang penggemar coklat berjaya hehehe tuh yg nak ulas sikit tentang kebenaran kajian tersebut dgn diri aku secara umumnya hehehe.... [Since takde mende nak jot arinih hehe]

Pilih Coklat Warna Putih, Hitam atau Campuran? ~ Aku Suka white chocolate.... Kalo nak beli memang aku carik white chocolate dulu...kalo dah takder baru aku beli yg lain..kalo mood tak baik memang tak beli langsung walaupun kadang2 tujuan aku keluar tuh memang nak beli chocolate hehehe...songeh banyak aku nih kuikui So aper yg boleh digambarkan....??

Coklat warna putih
Kamu memiliki semua kekuatan untuk menakluki dunia. Sayangnya kadang kala kamu seakan ragu-ragu untuk membuat keputusan. Padahal, jika kamu tahu apa yang ingin kamu capai, pintu kejayaan terbuka untuk kamu.


Hehe tuh diaaa..... aku memiliki semua kekuatan?? Secara peribadinya...selama aku menjadi diri aku...aku tak rasa yg aku punya semua kekuatan hehehe aper lagi nak menakluk dunia akkekeke cam citer katun lak....main takluk2 dunia hehe....tapi serius...secara peribadinya aku merupakan sorang yg tersangat lemah esp dlm mengawal emosi aku heheh mungkin secara luaran org leh nampak aku cam cool jek kot... Aku terlalu bergantung pada org2 yg rapat dgn aku.... sebab tu tiadanya org2 tersebut pada saat2 aku memerlukan adehhh rase cam haper jek isk isk tak bolehlaa camnih kan...kene indipendent sket ermmm... hehe bab ragu2 nih memang aku setuju sgt...aku memang sorang yg tersangat ragu2 bukan setakat ragu2 pada individu lain tp kadang2 ragu2 dgn diri aku sendiri... hehe camne nak ilangkan ragu2 tuh ekk...ermmmm

Bentuk Coklat Pilihan Kamu? Aku suke coklat empat segi jek...pasal white chocolate yg biasa aku beli semua bentuk petak hehehe kalo ader pon cuma chocolate kisses tuh jek bentuk dier cam teardrop hehhe

Kotak
Setia, gemar merendah diri dan romantis adalah sifat kamu. Kerana sikap romantis kamu itu, tidak hairanlah pasangan kamu akan tetap setia di sisi kamu. Kamu memiliki daya konsentrasi tinggi dalam bekerja dan sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan lagi wawasan diri. Tetapi sekiranya ada konflik melanda, kamu terlalu mudah melatah! Ada kalanya kamu seakan cuba lari dari berhadapan dengan masalah... kamu tiada inisiatif untuk cuba menyelesaikannya.


heheh macam2...tapi bab lari dan tak berdepan ngan masalah tu macam betul jek hehhee I used to be that kind of person hehhe and now I realized that sifat tu tak seharusnya ada sebab aku rasa tu bukan satu attitude yg baik....Masih dan sedang cuba utk tak mengulanginya........

Kandungan Coklat?? Hehehe aku suka coklat2 yg ada biskut2 kecil hehehhe selain drp tuh aku paling suka coklat yg ader hazelnut di dalamnya.....

Hazelnut
Kamu adalah pencinta alam. Keharmonian alam yang terjaga membuatkan fikiran kamu tenang. Sayangnya, kerana kamu terlalu dekat dengan alam membuatkan kamu menjadi seorang yang pemalu. Tidak hairanlah bila kamu sering dikata pemalu oleh teman-teman.


Hahahhaha aku memanglah mesra alam....tapi aku nih pemalu ke?? wkakakakak tataulaaa macik....sesape yg kenal aku tuh taulaa aku camne kot....

Apa Kamu Buat Pada Pembungkus Coklat ermmm besenye aku lipat2 sebelum buang...tapi kalo pembungkus coklat tuh lawo aku simpan dlm buku ahak...buat cam penanda buku la plak ahak...

Dilipat
Jika kamu gemar melipat-lipat pembalut coklat, bererti kamu seorang yang rapi dan bersih. Hidup kamu teratur dan begitu juga dengan pemikiran kamu. Dalam bercinta, kamu selalu mengikut mood. Ha, tak baiklah macam tu! Kamu perlu lebih bijak mengimbangi emosi kamu itu.


huhuhuh aku setuju sgtlah kerana aku memang sorang yg moody....mood aku selalu berubah2 ermm hehhe tensen member ampunkan saye ampunkan saye

hehehe abeh dahh...berjumpa di lain mase ye adik2 hehehe

Wednesday, July 21, 2004

Ho yeay... Ho yeay...

Ho yeay ! Ho yeay ! Weekend ni dier balik kehkehkeh menggatal sekejap

Ermm kepala otak berat lah skang nih....kerja menimbun2 hehe tp aku suke keje tuh...tapi beselah kan keje memang takkan abis.....tetiap ari ader jek task baru dtg...Aku tak kisah sgt...memang nih yg aku pilih seronok..pasal banyak benda baru yg aku kena belajar esp ttg telecommunication networking ni....walaupun agak blur buat masa ni tapi boleh faham sikit2 laaa...haha skang nih selalu sgt buat salah....pening GM aku ngan aku akekekkek shian dier...selalu nak kena backing aku bila HQ call bgtau silap aku ahak hahaha konon2 nak tolong2 tapi buat silap akakkakaka yelaaa aku bukan tau pasal service nih sgt and keje aku pun takder sangkut paut ngan service nih heheh tapi menggatal nak tau kahkah.....Ni baru2 kerja lagi kot dah lama2 nanti oklah ni heheheh

Jeng jeng...Happy nye arinih eheeee