Tuesday, July 04, 2006

Penghuni Baru

Sabtu lepas, saya ke pejabat... bukan sebab rajin nak buat ot, tapi saya nak bawa pulang ikan saya ke rumah. So masuk hari ini, dah hari yang ketiga ikan tu menjadi penghuni di bilik saya. Apa yang saya perhatikan, ikan biru saya ni semakin aktif pula tak seperti semasa dia di pejabat. Mungkinkah kerana kedudukan dia yang bersebelahan dengan speaker komputer saya yang mebuatkan dia asyik berjoget2 sepanjang masa dan menampakkan dia lebih aktif daripada biasa? Ntah lah.... hehe apa saja yang saya merepek ni... tapi sungguhlah... ikan tu asyik berjoget2 aje ni... ngeeeeehehe.. Dia nak mati ke? atau dia tak selesa berada di bilik saya?



Selamat Pengantin Baru untuk sepupu2 saya, Ludfi dan Nubli dengan pasangan masing2. Saya lupa pulak apa nama pasangan diorang ni... yang saya ingat kedua2nya ada Linda... Mcm kembar aje hehe... Sebelum saya ke Kuala Lumpur semalam, saya memang dah bersedia... bersedia mempertahankan diri menangkis soalan2 peluru berpandu yang akan mereka2 lancarkan... Memang tepat jangkaan saya, lepas satu.. satu skema jawapan yang saya sediakan perlu utk saya jawab... Letih betul !! hehe...

2 comments:

azharceo said...

Ikan semakin aktif.. terkena radioaktif pun mungkin jugak , dalam perjalanan balik tu kut..apapun, ham kena peratikan dan nasihatkan dia sikit, nanti letih dia menari tak tentu masa..tau-tau badigol je.. dah kehilangan lagik.. lagi satu kalau rajin, peratikan lengguk ikan tu, mungkin ada choreography baru yang boleh dijadikan step terbaru tarian rap terkini, siapa tau.. sejarah membuktikan ramai gak para saintis mendapat ilham atai inspirasi dari kejadian sekeliling mereka.. dan ham umpamanya, melihat ikan bilu.. biru yang menari sakan..

zuril said...

kalau tak silap zuril la, ingat-ingat lupa fakta ni. bila kita tengok ikan berenang-renang, boleh mengelakkan kita terkena sakit jantung. macam kita belai kucing jugak la. sbb kita salurkan rasa kasih sayang tu kan. hehe, kongsi kasih sayang kan kita jadi tak stress. cewah, sejak bila plak jd doktor haiwan ni. =)

btw, na.. kongsi la jawapan-jawapan untuk jawab soklan cepu emas tu. ehehe.