Sunday, March 26, 2006

Gagal

Aku ingin menjadi hamba yang tak ingkar pada janjinya
Janji di saat diri masih lagi berada dalam rahim ibunya
Berjanji untuk taat setelah diberikan nyawa
Berikrar untuk patuh pada pencipta
tapi hakikatnya.....

Aku ingin nak jadi anak yang baik untuk mama dan ayah
Kadang2 aku rasa aku dah cukup baik
tapi hakikatnya.....

Aku ingin jadi kakak yang baik pada adik-adik
dan aku rasa aku dah memberi contoh yang baik kepada mereka
tapi hakikatnya.....

Aku ingin menjadi seorang sahabat yang menyamankan sahabatnya
Seseorang yang mampu memberikan senyuman dalam keadaan diri yang rawan
Maaf dan pengertian mampu dihulur ketika diperlukan
tapi hakikatnya....

Hakikat... yang begitu sukar untuk diungkap
Kerana hakikatnya....
Hanya tuhan yang tahu
Apa yang dah aku lakukan pada diri aku


Some said that... failure is a mother of success. A strong person is a person who will stand up after falling and learn from experience. I want to be that person... Ermm I will....

Saturday, March 18, 2006

Terkedu....

Kejadian berlaku di sebuah tempat menunggu, dimana seorang gadis (gadis?? ngeeehehe) sedang menunggu teman sekerjanya membeli sesuatu sebelum pulang semula ke pejabat menyambung rutin hariannya. Gadis yang menunggu di bawah terik mentari tidak menyedari bahawa dirinya diperhati... diperhati.... diperhati.. dan diperhati.. Kemudian didatangi oleh seorang gadis... yang bukan gadis?? erkk...

Gadis yg bukan gadis : awak... assalamualaikum..
Gadis penunggu : Wa'alaikumsalam (sambil tersenyum walaupun ke'blur'ran)
Gadis yg bukan gadis : awak baru pindah kat sini ke? tak pernah nampak sebelum ni..
Gadis penunggu : Takdelah... saya baru kerja kat situ (sambil jari menuding ke bangunan pejabatnya)
Gadis yg bukan gadis : ooo patut tak pernah nampak sebelum ni
Gadis penunggu : (Hanya tersenyum dan masih lagi ke'blur'ran)
Gadis yg bukan gadis : awak.... saya sukalah tgk awak... sopan aje... awak suka senyum eh?
Gadis penunggu : aaaa?? (sengih.... malu2 kucing.. dan masih lagi ke'blur'ran)
Gadis yg bukan gadis : awak boleh ajar saya tak?
Gadis penunggu : hah ?! ajar apa? (aarghhh masih lagi blur)
Gadis yg bukan gadis : ajar pakai tudung macam awak....
Gadis penunggu : (Terkedu... dlm hati... manalah si anu ni tak keluar lagi dr kedai ni huwaaaaa)
Gadis yg bukan gadis : boleh tak?
Gadis penunggu : aaa?? errr.. eh awak... saya dah lambat sebenarnya ni... saya gi carik kawan saya kejap ye... daaaa (sambil melambai2 tgn dan pergi meninggalkan gadis yg bukan gadis tersebut)

Gadis penunggu tadi mendapatkan temannya.. masih lagi terkedu dgn perbualan sebentar tadi... nak tersenyum.., rasa tak kena... nak tergelak..., rasa kurang sopan isk kuikuikui... (dah tergelak pun keke... tu belum lagi tgk aksi kawan2 satu opis gadis penunggu tu gelakkan dia huwaaaaa) kalau anda? apa yang anda akan lakukan...?

*Gadis yg bukan gadis merujuk kepada seorang lelaki yang dah jadi perempuan (huwaaaa).. sorry, kalau entri ni mungkin menyinggung sesetengah pihak.

Tuesday, March 14, 2006

Bubud sayam...



Inilah makhluknya... makhluk yang sentiasa mendamaikan aku... kadang2 waktu nak marah tahap dewa, dia buat muka kesian dia... alahai tak sampai hati aku tgk... terus sejuk. Gambar ni aku shot masa dia dgn gembiranya dok atas katil aku huhu... Aku jarang benarkan dia bermain dlm bilik aku... Nampaknya peluang yang satu ni dia gunakan betul2... Siap baring dalam selimut.. Bila aku nak join sekali, dia boleh berbunyi marah pulak... aikk?? ini sudah lebih hehe...

Aku kerap demam sejak akhir2 ni... antibodi kurang umpphh sekarang ni... mungkinkah kerana dah semakin tua? kehkeh... salah makan sikit, mulalah perut meragam dan sudahnya.... esok aku melepek aje... adehh lemah semangat den... sekarang ni kan.. aku tak boleh makan KFC Hot n Spicy... dah beberapa kali adik aku bawa balik... aku makan dan kemudiannya aku sakit perut... dan melarat sampai demam aiyaaaa... hekhek apelah aku ni.. sakit sikit pun nak bising ngeeeehehe... bukankah sakit itu sebahagian dari ujian hidup... mungkin ia sebagai kifarah kepada dosa2 lalu aku... atau hikmah lainnya... siapa tau kan...

Ada sedikit kerisauan... Kenapa? Lusa.. aku akan mula bertugas di office baru... Ntah macam mana keadaannya nanti... belum sempat menyesuaikan diri di sini.. dah diarahkan berpindah ke sana pula. 2006 ~ tahun berpindah randah hehe... pindah rumah.. pindah tempat kerja.. pindah pejabat... pindah apa lagi lepas ni hehe... Hijrah kepada yang lebih baik.. InsyaAllah... :)

ahhh apa sudah jadi dengan seorang aku ni? Perkara sekecil ini pun hendak dirisaukan... Bukankah kau pernah melalui perkara yang lebih tegang dari ini?

Sunday, March 12, 2006

Friday, March 10, 2006

Buat Kita (Kasih Seharum Mawar)

Semalam... aku diberitahu tentang sesuatu. Aku diarahkan berpindah cawangan. Eheee berpindah lagi aku. Memang suka sebab opis aku semakin dekat dengan rumah. Kalau ada cawangan dibuka disebelah rumah aku, memang harus aku yang menjadi managernya ahahahahahha.... Lebih kurang 5 ke 10 minit perjalanan ke opis dgn menaiki kereta hehe.. So, next week... aku dah kene report duty.... Baguslah.... minyak pun dah naik harga.. tak perlulah travel jauh2 dan kena kurangkan berjalan2. hehe macamlah aku banyak berjalan2 selama ni kekeke.... kalau nak tau (saja nak bagitau sebenarnya hahahhaha)... akulah perempuan paling mithali dan bertali kat Johor Bahru ni (ahahahhaha geli geleman plak aku membacanya).. apa taknya.. org kata takde life... pergi kerja.. balik kerja... pastu tido.. camtu lah tetiap hari... kalau hari minggu pulak dok memerap kat umah.... paling jauh pun keluar pergi hantar adik aku pergi tuisyen... tuh jeklaaaa.... eheee bukan mengeluh... tapi inilah hidup yang aku pilih.... aku yang pilih utk bersama2 keluarga aku... menghabiskan masa dan bersama2 dgn mereka... kerana aku sendiri tak tahu... berapa banyak lagi masa yang aku ada utk aku habiskan dgn mereka di sini... di rumah ini...

Apa lagi nak cerita eh? Takde apa yang menarik maupun menolak yang aku alami sepanjang seminggu ni... kehidupan aku berjalan seperti biasa.... tiada yang luar biasa.. Aku habiskan masa luang aku di rumah... Lepas masak... aku habiskan masa aku dengan mengadap komputer. Lepas satu.. satu website yang aku surf... lepas satu.. satu juga blog yang aku lawat... hehe tersenyum aku melihat gelagat bloggers yang ada.... ada tulisan yang mampu membuat aku ketawa di saat hati benar2 dirundung lara... ada juga kisah yang menyayat dan membuat hati aku meruntun ketika membacanya... ada yang memberi pengajaran dan peringatan... dan pelbagai lagi... ahhh inilah kehidupan kan....

Semalam aku terima cd... sebuah album dari band yang paling aku minat... Album Exists Sepesel Edition.... paragon repackaged... aaaaaaaa nak menjerit hehe... suke ! suke ! macam tau2 je aku minat ngan Exists ni.. dari dulu sebenarnya aku dah jatuh cinta ngan Ezad tu... so malam tadi... layan jiwang ajela.. dengar lagu dorang kuikuikui.... Semua best ! ahahahaha tataulah... mungkin sebab Ezad yang nyanyi.. tu yg aku kata best kot ahahhahaha... tapi seriuslaa best ngeeeeeehehe.... Esp lagu2 yang dinyanyikan semula dalam bahasa Jepun... dan.. satu lagu baru... Buat Kita (Kasih Seharum mawar)... suka sgt lagu ni.... ehehhee review album plak aku nih :)

Exists - Buat Kita (Kasih Seharum Mawar)

Bagiku dalam medan cinta
Tak siapa menang atau kalah
Yang ada hanya rindu dan lara
Andai tak siapa yang beralah

Berbalah bukanlah sengketa
Hanya rahmat tuhan buat kita
Supaya jadi lebih mesra
Antara kita nanti tiada lagi
Jurang yang memisah

c/o
Demi satu jiwa
Satu alunan irama
Melamar kasih seharum mawar
Demi satu jiwa
Satu impian yang indah
Mencipta hari yang paling sempurna


Bagiku dalam medan cinta
Tak siapa gagah atau lemah
Yang ada hanya keluh kesah
Andai tak siapa yang percaya
Segala punya natijah

Dari niat hingga gerak langkah
Cemburu juga buruk sangka
Sekelip mata kita terleka
Lalu di rundung kecewa

Jangan sesekali
Kau anggapkan wahai kasih
Kata-kata rayuanku
Hanya mainan alasanmu
Menjeratmu

Thursday, March 09, 2006

Hilang

Mana pulak hilangnya dia
aku kehilangan...
terasa benar kehilangannya
ahhh mana? mana?
Di bawah katilkah?
Dalam laci? Bawah tilam?
Belakang almari barangkali...
ahhh takde jugak...
Mana lagi harus ku cari...
Mana !!? Mana !!? Mana mood aku lari ? huhu


Penat juga eh main sorok2 dgn mood ni... ahhh sudahlah... ni dah merepek tahap karipap sardin pulak ni... cukup2lah tu... Bila pulak ngantuk ni nak dtg... ahh serba tak kena hari ini.. PMS kah?

Wednesday, March 08, 2006

Puisi dari seberang

Hey Sha

Hey sha
Kebetulan saja kita bersua
Berada setempat
Ku menumpang

Hey sha
Kau pendiam
Tercari cari jalan
Memecah bicara malu mu
Khuatir kau menolah
Mesra ku

Hey sha
7 hari ku menanti tika
Menyusur kata ku atur bicara
Melembut jiwa remaja mu
Yang ingin bersendiri

Hey sha
Rupa nya kita seiringan
Walau beza kita
Antara subuk dan senja
Namun cara kita serupa

Hey sha
Kini kita dapat ketawa bersama
Rentak irama dapat kita alunkan
Kemesraan mu terpahat kini
Sayang ku kau sambut mesra

Hey sha
Usah kau lupa pada diri ini
Dari seberang kau ku rindu
Biar jarang kita berutus
Kau selalu dalam ingatan ku

Hey sha
Kau diantara yang ku sayangi
Dan ku rindui


salah seorang anak yang ku sayangi...

Nukilan : Mama Dinima

"Selamat Hari wanita khas buat wanita2 yang singgah di blog ini termasuklah aku sekali" (errrr aku wanita ke? auuwww ngeeeee)

Wednesday, March 01, 2006

Marah kerana Cinta, Bukan kerana benci

Aku dpt ni drp fwd email... aku cukup tertarik dgn isinya... membuatkan aku sendiri terfikir2 dimana letaknya aku.... agak panjang tapi aku kira perlu utk kita kongsi bersama... Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmatNya... dan diberi kekuatan dan keimanan utk terus melalui arus dunia masa kini....

Oleh: Pahrol Mohamad Juoi

Saya masih ingat sikap `unik' (aneh) sesetengah orang-orang tua kampung dulu-dulu. Ruang di bawah rumah mereka selalunya diperuntukkan untuk meletakkan barang usang yang `kurang' atau tidak perlu. Selalunya botol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk. Entah kenapa semua itu tidak dibuang. Hanya di letakkan begitu sahaja. Diguna tidak, dibuang pun tidak. Peliknya, apabila barang-barang `antik' itu hendak diambil oleh orang lain, cepat-cepat pula mereka melarangnya. Tak boleh.. Enak guna, sayang, dan macam-macam alasan. Itulah sebuah analogi yang terlintas di fikiran bila saya ditanya tentang kemarahan umat Islam terhadap penyiaran karikatur menghina nabi Muhammad s.a.w oleh akhbar-akhbar Eropah khususnya Denmark.

"Encik tidak marah?" tanya seorang siswa sehabis sahaja majlis diskusi tentang topik berkenaan.
"Marah," akui saya perlahan.
"Tak cukup begitu sahaja. Esok kita berarak, bakar bendera Denmark!" Saya senyum.
"Kita ada cara yang lebih baik. Ada senjata yang lebih hebat. Doa," balas saya.
"Kita kena tunjuk kemarahan kepada mereka yang menghina Rasul."
"Menunjukkan kecintaan kepada Rasul lebih utama."
"Marah itulah tanda kecintaan kita"
"Betul. Tetapi membuktikan kecintaan dengan mengamalkan sunnahnya jauh lebih utama."
"Encik takut?" Saya renung matanya.
"Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan lebih keberanian. Tentangannya lebih hebat. Bahkan daripada orang Islam sendiri," tusuk saya perlahan.
"Kita bakar bendera mereka!"
"Kita `bakar' cara hidup mereka. Itu lebih relevan." Giliran dia pula yang diam. Mungkin siswa yang `terbakar' ini mula mengunyah maksud kiasan saya.

Lalu saya ceritakan analogi awal tadi. Alhamdulillah, dia mendengar teliti.
"Kita dengan sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang-barang usang di bawah rumah. Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali, tetapi bila ada orang lain nak mengambilnya, barulah heboh konon nak digunakan."
"Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan marah?"
"Demontrasi depan manusia. Depan Allah, kita berdoa. Kita muhasabah, sejauh mana kecintaan kita kepada Rasul-Nya. Mungkin provokasi Barat membawa pengajaran tersirat."
"Pengajaran tersirat?"
"Ya, tersirat dari Allah agar kita menilai semula benar-benarkah kita mencintai sunnah Rasul-Nya selama ini."
"Kemarahan ummah inilah buktinya," ujarnya bersemangat.
"Kemarahan cuma bermusim. Hanya luapan sentimen berkala. Namun kegigihan, kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan jangka panjang amat perlu."
"Maksud encik?" Jelas dia terpancing dengan kilasan dan kiasan kata-kata.

"Jangka panjang, sudahkah kita mendidik generasi muda mencintai Rasul dan keluarganya? Saya risau generasi muda yang mabuk hedonisme kini tidak akan punya kemarahan yang sama seperti yang saudara alami."
"Saya ada kawan-kawan sebaya yang hidupnya lintang pukang, tapi masih marah bila Rasulullullah dipersendakan. Mereka akan turut berarak esok!"
"Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?" tanya saya minta kepastian.
"Rock habis. Sembahyang tidak. Bergaul bebas biasalah... tapi cinta mereka terhadap Rasul tak luntur."
"Ajak mereka sembahyang dulu. Tak berarak pun tak apa. Cinta dulu, marah kemudian. Bila ada cinta, pasti ada marah bila kecintaan dicela. Tapi kalau marah saja, belum tentu ada cinta" Dia diam lagi. Kali ini diamnya lebih panjang.

"Agaknya orang tua tu marah tak kalau kita ambil barang-barang berharga di atas rumah?" tanyanya tiba-tiba.
"Orang tua mana?" tanya saya semula. Hairan.
"Orang tua dalam analogi encik tadi itulah!"
"Soalan tu kurang umph," gurau saya.
"Habis soalan apa yang umph?"
"Agaknya orang berani tak hendak minta barang di atas rumah? Berbanding barang usang di bawah rumah?" balas saya.

Termenung lagi dia. Seronok rasanya `membimbing' siswa ini berfikir. Terimbau luapan semangat saya sewaktu di kampus dulu. Beginilah pola berfikir saya. Tiba-tiba dia bersuara, "tentu tak berani, kerana barang di atas rumah tentu lebih berharga."
"Begitulah sunnah, jika dihayati, diamalkan dan diperjuangkan. Ia nampak sangat berharga di tangan pencintanya. Musuh tak kan berani mengusiknya, apalagi nak menghinanya"
"Encik ni, tak sangka ke situ pula kiasannya."
"Kita orang Islam mesti menghormati diri sendiri terlebih dahulu, barulah orang lain akan menghargai kita. Justeru, jika kita marahkan musuh yang mengecam Rasul, marahkanlah juga diri kita yang tidak benar-benar mencintainya!"
"Dan bukti cinta amalkan sunnah Rasul. Itulah cara paling berkesan mempamerkan `kemarahan' kepada musuh-musuh yang menghinanya."

Alhamdulillah, saya yakin, kini marahnya kerana cinta bukan kerana benci. Dominasi cintakan Rasul bukan emosi bencikan musuhnya!