Sunday, March 26, 2006

Gagal

Aku ingin menjadi hamba yang tak ingkar pada janjinya
Janji di saat diri masih lagi berada dalam rahim ibunya
Berjanji untuk taat setelah diberikan nyawa
Berikrar untuk patuh pada pencipta
tapi hakikatnya.....

Aku ingin nak jadi anak yang baik untuk mama dan ayah
Kadang2 aku rasa aku dah cukup baik
tapi hakikatnya.....

Aku ingin jadi kakak yang baik pada adik-adik
dan aku rasa aku dah memberi contoh yang baik kepada mereka
tapi hakikatnya.....

Aku ingin menjadi seorang sahabat yang menyamankan sahabatnya
Seseorang yang mampu memberikan senyuman dalam keadaan diri yang rawan
Maaf dan pengertian mampu dihulur ketika diperlukan
tapi hakikatnya....

Hakikat... yang begitu sukar untuk diungkap
Kerana hakikatnya....
Hanya tuhan yang tahu
Apa yang dah aku lakukan pada diri aku


Some said that... failure is a mother of success. A strong person is a person who will stand up after falling and learn from experience. I want to be that person... Ermm I will....

8 comments:

Anonymous said...

anda adalah seorang yang baik apabila mampu menulis blog :)

"Aku ingin menjadi seorang sahabat yang menyamankan sahabatnya"
kerja polis trafik eh? he he he.. sekali baca macam 'saman', dua kali baca baru faham :lebih kurang 'menggembirakan'

yleobyfaeiz said...

semua org pernah gagal Na. betul..pengalaman adealah guru paling baik. yg penting, kita sedar kesilapan kita...n make sure tak mengulanginya. take care..

blackpurple @ jowopinter said...

Aku cuma ingin menjadi seekor kupu2, sekurang2nya boleh melihat kepincangan manusia sebelum aku dijadikan perhiasan dinding............... Sekurang2nya aku lebih baik dari seekor pungguk yang membuang masa menunggu bulan....

salam

K@sih said...

aku juga pernah gagal...
aku bangun....
dan jatuh semula...
begitu lah hidup aku...
kesilapan demi kesilapan yg aku lakukan..
belum pernah melemahkan diri...
kesilapan2 itulah yg membentuk diri aku skrg...
dan masih jauh lagi perjalanan (andai diizinkan-Nya) yg harus aku tempuh..
cuma satu jer yg aku pegang...

'Umat Islam tidak akan dipatuk oleh ular yg sama pada lubang yg sama..'~fikirkan...

Anonymous said...

Havelock Ellis:

It is on our failures that we base a new and different and better success.

May Sarton:

A garden is always a series of losses set against a few triumphs, like life itself.

webguy.tblog.com

zuril said...

hidup lebih bererti apabila gagal berkali-kali, tetapi masih tegar untuk bangkit kembali. tapi lebih bersemangat kalau ada yang sentiasa beri sokongan kan.. hmmm.. =)
good luck, Na.

cipthowiryawanchannel said...

kegagalan akan membuatkan diri seseorang sedar..tapi hanya bagi yang berfikir untuk menjadi lebih baik...

Unknown said...

kata2 kalian juga merupakan semangat saya :) mekasih ye semua...