Monday, February 19, 2007

Cuba untuk bermula...

Nampaknya percubaan saya untuk mengembalikan wajah blog saya, saya hentikan di sini sahaja... Dan hasilnya seperti yang anda lihat sekarang ini. Banyak yang saya tidak tahu... nak edit code dan bermacam lagi. Maka, untuk memudahkan cara... saya berhenti setakat ini... dan saya rasa saya lebih sukakan layout yang lama... Tapi tak mengapa... apa salahnya sekali sekala berubah suasana...? hehe berubah sikit aje pun...

Selamat pengantin baru... ani.. Maaf, saya tak dpt menghadirkan diri. Ikutkan hati rasa macam nak terbang aje ke sana... mengucapkan tahniah...., bertemu zuril... zuril pasti hadir, kan? Ermmm... tapi apakan daya.... hanya doa aje yang mampu saya titip buat ani dari selatan tanahair ni... hehe Semoga bahagia jadi milik kalian.... Nak tengok gambar nanti yek??

Saya rasa, masa saya menjadi semakin sempit. Ntah kenapa berperasaan sebegitu. Terlalu banyak perkara yang saya ingin lakukan dengan masa saya yang sangat terhad. Moga tuhan perkenankan impian saya.... makbulkan doa2 saya.... amin....

Tuesday, February 06, 2007

Izinkan Ku Pergi

Kaer - Izinkan Ku Pergi

Sinaran mata cerita segalanya
Duka lara terpendam
Memori semalam
Tinggal segala cinta
Tiada kembalinya abadi kasih kita
Kau bawa bersama
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga selamanya

Pergilah rindu ku hilangkan diri mu
Tak sanggup menangung derita di kalbu ku
Pergilah sayang ku
Bermula semula semangat cinta ku
Membara kerana dia Tiada niatku
Tersemat jiwa setia bersamanya
Cinta murni berdua Beribu tahunnya
Mimpi indah mekar
Saat cinta bersemi
Sedetik asmara syurga
Selamanya

Pergilah rindu ku hilangkan diri mu
Tak sanggup menanggung derita di kalbu ku
Pergilah sayang ku
Bermula semula semangat cinta ku
Membara kerana dia tiada niat ku…

Pergilah sayang ku
Bermula semula semangat cinta ku membara
Kerana dia tiada niatku...
Maafkan daku duhai kasih
Izinkan ku pergi

Klik Untuk Muat turun


Lagu lagi hari ini.... Pertama kali mendengarkan lagu ini.... ermmm ada sedikit kesayuan di hati. Melodinya seperti ketika saya mendengar lagu korea yang bertajuk Haru nyanyian Kim Bun So(ntah betul ntah tak ejaannya). Maksud saya kesedihannya bukan persamaan melodinya hehe.... Walau saya tak faham apa yang dinyanyikan tapi kesedihan itu sampai di hati saya dan tanpa disedari air mata saya mengalir. Ermm atau mungkin ketika itu saya memang hendak menangis... keke apa apa lah labu.... :p

Monday, February 05, 2007

Asyik Ku lagukan

Zamani - Asik Ku Lagukan

Selaut kesedihan sanggup aku seberangi
Luahan rasa hati insan sedih sejati
Asalkan kuhindari dalam diri
Menawan jiwa raga hingga resah ke sanubari
Terima saja semuanya pada gelora ganas
Kudis cedera luka parah

Korus:
Biarkan saja pengalaman bersilih ganti
Membujuk lembut menggamit duka
Bagiku hanya sebaris coretan
Lembaran hari yang tak dapat tidak harus ku
Berani salur dan bersedia lalui

Berkali sudah kasihku putus di tengah jalan
Berkali sudah cintaku musnah dihancurkan
Berkali pula kasihku cuba selamatkan
Berkali pula cintaku sambungkan
Berkali sudah ghairahku hilang dan rawan
Berkali sudah asyik ku lelah dihambakan
Berkali pula aku cuba dilarakan
Berkali pula asyikk ku lagukan

Eeem...asyik ku lagukan


Semalam, 4 Februari.... merupakan hari ulangtahun teman saya yang ke 28.... hehe angka itu... mengingatkan saya pada umur saya juga... Saya juga akan berumur 28 pada 28/08 tahun ini.... baper banyak lapan daaaa hehe... Apa pun... saya sentiasa akan doakan kesejahteraan dan kebahagiaan dia sekeluarga tidak hanya pada hari ulangtahunnya.... tetapi juga pada hari hari seterusnya... insyaAllah......

Alhamdulillah... segalanya berjalan seperti apa yang dirancangkan.... Syukur saya ke hadrat illahi kerana meminjamkan saya nikmat yang tidak terhingga ini. Untuk seketika saya benar2 merasa gembira... tak keterlaluan saya katakan yang saya bahagia.

Last week saya ada meminta beberapa org sahabat utk mencarikan saya lirik dan fail mp3 lagu zamani - asyik ku lagukan.... Dan hari ini, lirik lagu tersebut sudah ada dalam inbox saya... cuma mp3 nya sahaja yang belum ada. Katanya..... masih tak berjumpa lagi... Jadi... kawan2... sesiapa yang ada fail mp3 lagu zamani ni... tolong send pada saya ye.... boleh send ke ham_jb@yahoo.com ..... Terima Kasih semua.....