Saturday, February 26, 2005

Hati Yang Rapuh

Rahimah Rahim - Hati Yang Rapuh

Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentuka arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan...


Kadang-kadang aku rasakan maruah dan harga diriku seperti tiada. Namun bukan salah sesiapa kerana aku yang merelakannya. Aku yang meletakkan diriku di situ. Andai apa2 berlaku ke atas diriku kelak... aku tak tahu apa yang perlu aku lakukan. Ma, ayah.... ampunkan Na....

No comments: