Saturday, February 05, 2005

Sekuntum mawar merah, sebuah puisi

13 Februari ni genap 5 tahun pemergian zam... pergi yang takkan kembali lagi. Rindu aku padanya... pada keluarganya... pada kenangan2 bersama.Kata orang, orang yang baik ni dipinjamkan sekejap je pada kita... macam pelangi. Pelangi yang hadir selepas hujan panas. Indah pada pandangan mata, hakikatnya... hanya untuk meredakan seketika resah yang melanda. Benarkah?

Seperti arwah... kesungguhan, ketabahan dan kecekalannya menyedarkan aku. Dialah juga orangnya yang membuka mata dan hati aku untuk melihat dan menghargai diri sendiri. Perginya dia dulu seperti membawa semangatku bersama. Andai dia masih bernyawa ingin sekali ku memohon ampun diatas segala kesalahan yang sengaja aku lakukan. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

No comments: