Sunday, March 27, 2005

Permainan duniawi

"Orang yang paling berhak atas seorang wanita adalah suaminya manakala bagi seorang lelaki pula adalah ibunya"

errr.... tak tertype lak... huhuhu rindu kat mama sbenarnye nih :(
mama selalu ckp mende nih kat aku dulu.... terutama bila aku mula berbicara tentang lelaki... mama kater mama tak nak aku menjadi seorang yang terlalu mementingkan diri.... Ermmm Insyaallah aku akan sentiasa ingat semua tu. Sentiasa sedar mana letaknya diri aku ni. Aku akui... aku memang takut utk menghadapinya... dan mungkin kerana itu ia mengejar setiap kali aku melarikan diri.

Kenapa kita suka mengenang kisah lalu?? Adakah kerana ia memang indah atau kita sendiri tak tahu nak menilai... menilai dan menghargai apa yang kita miliki. Kenapa bila semuanya berlalu kita harus menyesali apa yang berlaku? Ermmm terlalu banyak persoalan yang aku sendiri tidak punya jawapannya. Tapi ini hakikat, bukan? Hakikat yang aku lalui dan mungkin anda tempuhi... Kadang2 aku rasa, ingatan aku terlalu sarat dengan memori lama. Dan semua itu secara tak langsung membentuk diri aku. Aku yang kalian lihat kini.... Aku tak mahu hidup dgn bayangan kisah lalu. Tapi kenapa ia selalu hadir tatkala mentari mula menampakkan sinar?

No comments: