Thursday, October 06, 2005

6 Pesanan untuk Wanita

:: Fadhilat Malam Ketiga ::

Malaikat di bawah arash berseru supaya mereka yang mengerjakan solat sunat itu meneruskan sembahyang di malam lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa mereka.

Image hosted by Photobucket.com


6 PESANAN KHUSUS UNTUK WANITA
oleh ulama muktabar

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak
dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat
kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur
baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga
dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan
kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu
nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan
muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab
Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula
dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur,
bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari
malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita
yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg
menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat
pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.Muzakarahlah bersama
teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan
mudah nak amalkan

Source : FWd email (by whiteroses)

"Jika tidak dapat apa yang kita suka...
belajarlah untuk menyukai apa
yang kita dapat.. kerana apa yang kita suka tak semestinya baik untuk kita...
tapi apa yang telah dikhaskan utk kita merupakan anugerah dan kasih sayang Allah pada setiap hambaNYA"

No comments: