Friday, October 28, 2005

Tuesday, October 25, 2005

Mode : Updating Blog

Hehe mengulor aku arini kat opis..... Ermmm sejak dari hari Ahad aritu commenting system blog aku prob sket.... itu pasal aku tukar... komen2 yang lama hilang begitu saja... sedih2.... sayangla pulak bila ilang gitu je eheee... takpela... kita mula yang baru ye.....

Then aku tukar lirik lagu peter pan dengan gambo doll kat panel kiri blog ni... cumil sgt gambo tuh... Ermm apa lagi nak tulis eh... type blog kat opis agak kurang selesa.... takde waktu nak melayan minda dan perasaan eceewwaaahh... takpelah... nanti aku sambung menaip lagi bila senang....

Monday, October 24, 2005

Tears

Image hosted by Photobucket.com

Thursday, October 20, 2005

Lama rasanya....

:: Fadhilat Terawih Malam 16 ::

Ditulis Allah baginya kemenangan dan selamat dari api neraka



Refreshing.... Hehe Lama rasanya tak bermesra2 dengan blog... (haha apa kene aku nih?)... Last update Sabtu baru ni... tu pun cuma paste code kuiz je.... sebenarnya kurang sihat sikit bebaru ni... nak kata food poisoning... satu rumah tu makan benda yang sama dengan apa yang aku makan... tapi aku je yang sakit hehe... muntah2 lah apa lah aiyaaa.... melepek jek dari hari ahad arituh... pi klinik dpt mc dua hari... yeay !! keke

I'll be away for about 2 or 3 days... Ermm doakan keselamatan aku pergi dan kembali... dan semoga perjalananku kali ini bukanlah satu perjalanan yang sia2...

~**~

"Tiada bulan seindah RAMADHAN... untuk itu saya pohon maaf atas setiap perlakuan, janji yang terabai, hati yang berprasangka dan semua sikap yang mungkin menyakitkan hati semua... maaf ye...

Jika hati sejernih air, jangan biarkan ia keruh, jika hati seputih awan, jangan di biarkan ia mendung, jika hati seindah bulan hiasilah ia dengan Iman.

Mohon Maaf Zahir dan Batin......selamat berpuasa....dan Salam Aidilfitri buat semua...."


*** eheee rase cam esok lak raya... sebelum aku terlupa.. takziah buat PM kita dan keluarga.. juga seluruh rakyat Malaysia amnya atas pemergian Datin Seri Endon Mahmood ke rahmatullah.. al-fatihah.. moga rohnya dicucuri rahmat hendaknya.

Saturday, October 15, 2005

Blog sana Blog sini

How You Are In Love

You take a while to fall in love with someone. Trust takes time.

You tend to give more than take in relationships.

You tend to get very attached when you're with someone. You want to see your love all the time.

You love your partner unconditionally and don't try to make them change.

You stay in love for a long time, even if you aren't loved back. When you fall, you fall hard. [adehh sakit ! hehe]


Hehe jalan2 blog org... finally found this quiz kat blog karu.. saje buat dan letak sini... [kes tatau nak update ape... adeh terasa sakit otak lak huhu]

Tuesday, October 11, 2005

Rindu

:: Fadhilat Tarawikh Malam kelapan ::

Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.



Exists - Madah Di Pusara

Rindu
Berteduh balik khayalan
Bagaikan arus gelombang
Tak henti-henti
Serang

Rindu
Menciptakan keributan
Mencabari kewarasan
Menenggelamkan segala azam
untuk ku lawan

Berkali-kali tangisan ku curahkan
Reda hanya untuk menyambung rayuan
Terlindung sejenak ku dari kenyataan
Terlupa bahawa kau dah diabadikan

Maaflah...Kasihku
Kerna merintih di pusara mu

Biarpun dah ku relakan takdirnya
Namun kau tak bisa ku lupa
Ku dah sedari
kau tak mungkin ku temukan lagi
Selamanya,ke akhir nafas

~**~


Ermmm basah lagi bumi disirami hujan pagi2 ni.... Tetiba terlintas di fikiran aku tentang sesuatu... kenapa ye? kenapa ada antara kita yang mempersenda kematian...? seolah2 ia tak membawa apa2 makna dalam kehidupan...

" Asalkan kita jujur sesama insan... Kebahagiaan kan pasti berpanjangan..."

Saturday, October 08, 2005

Pandangi langit malam ini

:: Fadhilat Tarawikh Malam Kelima ::

Dikurniakan pahala sebagaimana orang yang mengerjakan solat di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.



Tiada idea pula nak menaip... tapi hati ingin sekali meninggalkan sesuatu di ruangan ini... eheh camne tu ye... kata2 yang tak bisa terungkap ke? hihi apa saja aku merepek...

Beberapa hari lepas... aku terima sesuatu dari kejauhan.. Terima kasih ya atas kiriman dan ingatan... Terus terang saya katakan... hati sedikit terusik (usik je tau !).... kerana kewujudan saya masih lagi dihargai... Terima kasih daun keladi.. nanti nanti bolehlah bagi lagi..... kuikuikui.....

"Sesungguhnya aku perlu ruang utk menghela nafas panjang.... dan aku juga perlu waktu utk menikmati indahnya gelap malam...."

Thursday, October 06, 2005

6 Pesanan untuk Wanita

:: Fadhilat Malam Ketiga ::

Malaikat di bawah arash berseru supaya mereka yang mengerjakan solat sunat itu meneruskan sembahyang di malam lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa mereka.

Image hosted by Photobucket.com


6 PESANAN KHUSUS UNTUK WANITA
oleh ulama muktabar

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak
dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat
kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur
baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga
dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan
kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu
nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan
muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab
Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula
dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur,
bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari
malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita
yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg
menggalakan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat
pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat.Muzakarahlah bersama
teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk dalam hati kita dan
mudah nak amalkan

Source : FWd email (by whiteroses)

"Jika tidak dapat apa yang kita suka...
belajarlah untuk menyukai apa
yang kita dapat.. kerana apa yang kita suka tak semestinya baik untuk kita...
tapi apa yang telah dikhaskan utk kita merupakan anugerah dan kasih sayang Allah pada setiap hambaNYA"

Tuesday, October 04, 2005

Andainya ini Ramadhan terakhir...

ANDAINYA INI RAMADAN TERAKHIR.....

Andai ini Ramadhan terakhir
Wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal...terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi
Andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali
Buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya engkau sibuk berzikir
Biarpun anak tekak kering kehausan air
Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu..merayu...kepada-Nya Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
Berterawih...berqiamullail...bertahajjud...
Mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...
aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU,
oleh itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hamba-MU ini"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu dirimu tak akan melupai mereka yang tersayang
Ayuh ke mari kita meriahkan Ramadhan
Kita buru...kita cari...suatu malam idaman
Yang lebih berkat dari seribu bulan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
Mempersiap diri...rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti...paling berseri...
Menerangi kegelapan hati-hati kami
Menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasihsayang mu Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun...
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Sama ada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
Hanya yang termampu bagi seorang hamba itu
Berusaha...bersedia...meminta belas-Nya
Andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita

Writer: Annuarbakri
Source: Fwd email (by ani :)

Sunday, October 02, 2005