Wednesday, February 15, 2006

...Cinta... ...Love... ...Ai... ...Amor...

Baru berpeluang menjelajah ke seluruh pelosok dunia blog hehe... Rata rata blog yang aku lawati.. menceritakan perihal dan episod cinta.. Cinta lama... cinta baru... cinta pada yang SATU.... Manusia memang kaya dengan episod cinta... kerana hidup kita bermula dengan cinta juga kan...?

Sebenarnya aku jatuh cinta dengan kata2 kak Darling... Izinkan aku kongsikan di sini...

cinta bukan untuk ditangisi tapi dinikmati. cinta yg suci murni serta tulus mulus tidak memerlukan air mata tapi tertawa ria. perhubungan yg harmoni dan penuh kompromi biasanya bergerak atas landasan yg tenang lurus dan menuju matlamat.

bergembiralah menerima kehadiran cinta, tapi sebaik ia menyebabkan hati kita gelisah dan tumpuan terhadap TUHAN dan pelajaran/kerja kian menghilang tinggalkan lah cinta tu..dan bina cinta baru. sebenarnya tak perlu tergesa2 membina cinta.tiba masanya ia akan datang sendiri. sesuatu yg datang tanpa perlu ditagih biasanya lbh bertahan lama, ikhlas dan jujur.

'orang bijak tidak tewas oleh cinta, tapi cinta tertewas olehnya kerana dia berjaya menjadikan cinta itu jambatan menuju ke syurga'..


Okeh.. habislah episod cinta di sini... Maaf kerana agak lama blog ini ku biarkan usang... Sesuatu yang menuntut lebih perhatianku perlu untuk aku dulukan... Rindu juga pada bintang dan semua 'pemerhati'nya hehe... Kalian sihat?

Ingin berkongsi sesuatu dengan kalian tapi tak tahu bagaimana ingin aku mulakan... dan takut juga niat untuk berkongsi ni disalah ertikan... Biarlah saya mulakan dengan ucapan jutaan terima kasih buat zuril kerana mengirimkan ini pada saya.... rasa sebak... nak menangis pun ada.. bila baca satu persatu apa yang tertulis...

Subhanallah... Subhanallah... Subhanallah... Baru kini saya mengerti kenapa saya kerap mengulang2 membaca beberapa ayat dalam surah tersebut.... mengapa saya selalu rasa sebak dan sukar utk menghabiskan certain ayat... kenapa begitu dan kenapa begini... susah utk saya terangkan di sini... yang pasti... apa yang saya lakukan seperti dipandu dan disuruh... walhal.. saya sendiri tak mengerti apa sebenarnya yang saya lakukan ketika itu.... Artikel itu seperti membawa saya kembali pada masa lalu... saat dan ketika.. saya kalah dengan permainan hidup yang saya sendiri cipta... saat dan ketika itu yang ingin saya lupa.....

3 comments:

yleobyfaeiz said...

haiiiii (mengeluh jap)...sometimes kita lelah bicara cinta, tp itulah dia. love make our life alive. cinta takde, hidup rase kosong..

kita pun perasan..rata2 org menulis psl cinta di blog. nak wat cemana kan. perasaan itu adalah satu anugerah...

K@sih said...

tapi..bila di lamun cinta indahnya tidak terkata...
hihihi..teringat lagu Too Phat..
cinta itu sungguh mengasyikkan..
bila hati bagai digeletek2..
bagai di cuit2..
membuatkan kita tersenyum simpul..
seolah2 ada aura yg bermain2 di perut kita..
dan kita ingin tertawa wlaupun tanpa sebab yg pasti...

cinta..suatu anugerah...ya betul!
bertuah siapa yg dpt menikmatinya..

zuril said...

cinta..definisi yang terlalu luas, dan takkan habis. manusia berbeda, tp dalam hal cinta, mungkin menjadi sama. :)

p/s : terima kasih kembali untuk lagu Keroncong Untuk Ana.