Friday, September 23, 2005

Lagi Tentang hati

Suka benar aku berbicara tentang hati kan? keke... mungkin dalam fasa membersihkan hati eheeee terasa poyo pula ayat ni kuikuikui.... Hari ni aku terbaca artikal tentang Resonansi Hati atau dalam bahasa melayunya Hati yang bergetar. Memang menarik informasi tu. Hati akan menghasilkan getaran dalam apa jua perkara yang kita lakukan. Samada perkara baik ataupun tidak dan hati akan menghasilkan getaran mengikut tindakan yang kita lakukan. Kalau baik, halus getarannya dan sebaliknya kalau tidak getaran yang dihasilkan akan menjadi kasar. Dan seterusnya jika hati cenderung utk menghasilkan getaran2 yang kasar sahaja... tak mustahil kita akan mendapat sakit jantung.... kuakuakua suka2 hati aku saja menaip statement ni ahak.....

Eheee kalau ada siapa2 yang mengidap sakit jantung dan membaca entri aku kali ni.... dah pasti marah dengan statement aku kerana secara tak langsung aku membuat kesimpulan... orang yang selalu berbuat jahat cenderung utk mendapat penyakit jantung. Walhal kita tau PEMAKANAN kita merupakan faktor utama pada tiap penyakit yang hinggap pada diri kita (selain dari faktor usia dan keturunan). Seperti menjatuhkan hukuman pula ayat aku tadi... Maaf ya.. Jangan tersilap dalam memahami apa yang cuba saya sampaikan... Cuba Klik sini untuk baca selanjutnya. Mungkin anda akan lebih mengerti maksud entri saya kali ini.

Wah... teringin memiliki hati seperti yang digambarkan dlm artikal tu... memiliki hati yang bersih.... bukan saja menenangkan diri tapi mampu untuk menarik orang2 di sekeliling sama2 menjalani kehidupan yang tenang bersama2 dgn kita. hehe tinggi betul cita cita kuikuikui...

No comments: