Monday, September 06, 2004

My Dear Diary

Terbaca catatan Zuril tentang diari... hehe tergelak sendiri... pasal kat depan mata nih ader satu organizer kuning yg baru abis baca sebelum mengadap komputer ni hehe... Aku bukanlah seorang penulis diari yang setia.. Aku tidak konsisten menulis kerana kebiasaannya aku akan menulis apabila sesuatu itu tak dpt nak aku luahkan... Semuanya berkisar tentang diri, 'rasa' aku dan org2 di sekeliling aku.... sebab kadang2 aku tak tau bagaimana untuk aku luahkan betapa pentingnya mereka dlm hidup aku... tapi dlm tu aku tulis semuanya.... Aku tak jemu membacanya walau ada antara catatannya begitu melukakan.... tapi itulah realiti.... Hidup tak selalunya indah...

I love to read ather's blog rather than my fren kerana kadang kala walau kita tidak kenal akan penulisnya, namun setelah membaca serasa dia begitu dekat dgn kita.... pernah tak korang mengalirkan air mata kerana membaca blog seseorang yg korang tak kenali sebelum ini? hehe aku?? kwang3x takmo ckp akekekkekek tapi yang pasti kiter seperti boleh merasa apa yang mereka lalui saban hari....

No comments: