Thursday, August 04, 2005

Damai

Kadang2 aku rasa nak menjerit.. ingin aku luahkan segala yang aku pendam. Terlalu santunkah aku melayan musuh? Benarkah dia musuh atau sebenarnya dia merupakan orang yang paling rapat denganku? Ntah siapa2 dan datang dari ceruk mana pun aku tak tahu.... Tiba2 datang sifat iri hatiku... Iri kerana org lain yang senang2 menyulam bahagia sedang ketenangan aku seringkali diusik.... Erkkkk... aku mengeluh lagi adehh... bukankah aku dah berjanji tak mahu mengeluh lagi.....



Aku ingin lupakan kisah ini. Tak mahu mengingatinya. Ingin melepaskannya... tidak mau ada rasa kesal atau benci yang mungkin menerbitkan dendam dalam hati... Tapi bagaimana ingin aku lupakan andai ada saja yang cuba mengungkitkannya kembali... Seperti sengaja ingin meremukkan hati dengan kisah itu. Aku juga punya perasaan walau secara zahirnya nampak seperti org yang tak berperasaan...? huh..!

Aku masih lagi cuba utk mencari kekuatan dari setiap sudut dalam diri ini... Aku tahu kekuatan itu ada.... kita, masing2 dianugerahkan itu... Insyaallah... sedikit masa lagi aku akan senyum kembali...Tak sabar menantikan aat itu... Saat hati tak terbelenggu dengan kisah2 silam... mampukah aku?

No comments: