Wednesday, August 31, 2005

Tiada takdir yang merugikan

Sejak 'hari tu'... aku masih belum berpeluang utk menyendiri. Masih tidak punya kesempatan... dan kesempatan yang aku peroleh sudah pasti tak akan aku sia2kan.

Aku terbaca satu artikal yang betul2 membuat aku berfikir. Tiba2 terfikir tulisan2 yang aku type kat blog...hehe bila terbaca artikal tu.... rasa cam terkena kat batang hidung sendiri lak kuikui.... aku cuba utk ingat semula apa yang aku baca.... tapi ikut ayat akulah ye hakhak....

Allah menjadikan dunia ini indah pada pandangan mata dan dihiasi dengan pelbagai nikmat dunia. Kadar nikmat dunia yang diberi antara seorang hamba dengan hambaNYA yang lain tidak sama. Ada yang punyai rumah besar, pangkat yang tinggi, makan dan minum yang sedap2, ada yang tinggal di kawasan perumahan sederhana dan hidup serba sederhana, tak kurang juga ada yang hidup serba melarat... Itu nikmat dunia yang diberikan pada kita.

Kita sedia maklum kasih sayang yang diberikan oleh Allah pada setiap hambaNYA melebihi kasih seorang ibu pada anaknya. Namun takdir yang ditentukan tetap tidak sama. Jika takdir yang ditentukan pada kita baik, kita perlulah bersyukur dan manfaatkan kebaikan tersebut bukan saja pada diri kita tetapi juga pada org2 di sekeliling kita... Begitu juga sebaliknya, jika keadaan kurang baik menimpa, Allah sebenarnya telah mengurniakan kekayaan hati pada kita....samada kita sedar atau tak... Hati yang kaya adalah hati yang sentiasa berbahagia dan merasa ringan apabila menghadapi kesusahan. Apa saja keadaan akan membuatkan diri terus bergantung hati, bertawakal dan berserah diri sebagai hambaNYA. Maha Suci Allah tidak pernah sekali2 tersilap dalam menentukan perjalanan hidup setiap hambaNYA. DIA sememangnya bijaksana dalam memutuskan sebaik2 takdir utk hambaNYA..... kan?

Biasanya...manusia yang sering lalai dan leka... Tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah ditakdirkan pada kita.... kita cenderung untuk menilai takdir mengikut tuntutan hawa dan nafsu. Apa sahaja yang sesuai mengikut kehendak nafsu dan hati kita, kita anggap baik begitulah juga setiap keadaan yang menyusahkan dan menyeksa nafsu dan hati akan kita anggap tidak baik.



Ayat yang paling aku ingat dlm artikal tu... "Janganlah kita berasa iri hati atau dengki melihat nasib atau takdir yang baik yang ditentukan Allah terhadap orang lain...." eheeee.... apa taknya... aku rasa aku baru jek type tentang iri aku pada seseorang... mempersoalkan kenapa dia masih boleh berbahagia sedang dia dah lakukan sesuatu yang tak sepatutnya dia lakukan. Adehh termalu aku sendiri iskisk... kerana aku seperti mempersoalkan tiap kejadian yang dah ditentukan isk....

Sesungguhnya hati aku belum cukup kuat utk menghadapi segalanya kan.... masih lagi belum benar2 berserah kepada pencipta... sebab itu aku masih lagi samar2 dalam meneruskan perjalanan hidup aku... Semoga aku dikurniakan kekayaan hati itu... utk menjalani kehidupan aku dengan lebih tenang dan sentiasa optimis dalam segala tindakan yang aku lakukan.... AMIN.

"Jika Anda tidak bisa menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik"

P/S : Merdeka kali ni benar2 membawa pengertian yang cukup bermakna pada diri aku.

No comments: