Friday, December 30, 2005

Edisi merepek hujung tahun

Minggu lepas sebelum aku bertolak utk pergi ke destinasi percutian... tak jauh mana aku pergi cuma ke Port Dickson aja hehe... Bunyinya macam nak pergi jauh aja kan? Belum jauh mana langkah aku ni.. berbalik pada kisah tadi.. sebelum pergi bercuti... ada seorang teman memberi saranan pada aku agar aku tidak menggunakan kata ganti diri aku sebagai aku dalam blog ini.... Dia lebih gemar jika aku menggunakan saya... lebih molek katanya... Katanya lagi Bicara Pada Bintang akan melangkah ke tahun baru dan dia mahu aku membuat perubahan seiring dengan perjalanan hidupku.... Sebagaimana berubahnya blog title dari 'Tentang seseorang' kepada 'A walk to Remember' dan akhirnya menjadi 'Bicara Pada Bintang'... Perubahan fasa kehidupan... hehe :)

Aku punya alasan tersendiri mengapa aku gunakan 'aku' dan tidak 'saya'... Aku terfikir untuk mengutarakannya pada kalian semua... kerana aku tak dpt apa sebenarnya yang ingin dia sampaikan... tapi tadi aku dpt jawapannya dalam blog zuril... mungkin itu sebahagian daripada apa yang ingin dia sampaikan padaku...

Kalau masa kecik2 dulu... bila bercakap aku-kau jek nanti adalah yg akan kena cubit... "Dosa tau cakap aku kau"... kalau nak lebih tragik, "Jangan cakap aku nanti jumpa hantu paku baru tau" hehe dan bermacam2 lagi ayat2 yang bertujuan utk menakut2kan... Secara peribadinya..., dulu.. aku pun takut untuk membahasakan diri sebagai aku ketika berbual.. biasanya sebut nama aja atau saya atau kiter (haha nih masa sekolah rendah... kelakar pulak rasa)

Seingat aku... aku mula ber'aku'-'kau' ketika di tingkatan 1... biasalah, duduk hostel... pada mulanya kekok... rasa macam kasarnya budak ni ckp aku kau... tapi lama2 dah menjadi biasa... kadang2 rasa lebih rapat jika ber'aku' kau dgn mereka... cuma satu aku masih lagi kekok... kalau hendak menggunakannya dengan senior2 atau org yang lebih tua dari aku... memang aku kalah... bila aku tau jek org tu tua dari aku automatic 'saya' akan keluar... kdg2 cuba jugak guna 'aku' tapi nanti jadik cam ape ntah.. kejap aku kejap saya... cacamerba hehe pening pale kang.... so moralnya.. jgn bagitau umur anda pada saya haha takde connection ;)

Kalian pula... bagaimana ye?

1 comment:

Anonymous said...

hehe..gy penting buatlah apa saja asalkan menyelesakan anda :D