Thursday, December 01, 2005

Sekiranya Ditakdirkan Bersama

SEKIRANYA KITA DITAKDIRKAN BERSAMA.....
[ Author Unknown ]

Kau yang bernama lelaki
takdirnya suatu hari nanti kita akan bersama
melayar bahtera kehidupan
Usah kau mimpikan selaut sutera keindahan
Usah kau igaukan kasih menggunung tanpa puncak
Juga usah kau harapkan... kesempurnaan yang mutlak
dari diri ini

Akuilah hakikat yang tersurat
Aku bukan Siti Khadijah
Aku bukan Siti Aisyah
mahupun Ummulmukminin yang lain
Bukan juga Rabiatul Adawiyah wanita sufi yang terpuji
Juga tidak mencapai martabat Siti Maryam, Marsyitah, Asiah atau Sumaiyyah

Kau yang bernama lelaki
Mengertilah dengan waras keislaman
aku hanyalah wanita akhir zaman yang masih cuba mempertahankan maruah
dan kesucian diri sebagai muslimah
berlandaskan garisanNYA
dalam mengharungi kegawatan dunia masa kini
yang serba palsu lagi menjijikkan
dengan kemampuan diri, yang tinggal sekuman cuma

Kau yang bernama lelaki
dengan keranaNYA semata-mata
tidak kutagihkan apa-apa dari mu
cuma kupinta sebuah pengertian dan kasih sayang suci
BAHAWA AKU , ADALAH AMANAH UNTUK KAMU
SEKIRANYA KITA DITAKDIRKAN BERSAMA...

2 comments:

edaleeja said...

sekiranya kita ditakdirkan bersama..erm very impressive. dalam maknanya kan ;)

Unknown said...

ahaaa dlm maknanya....

sepesel dedicated to whom it may concern kuikuikui ;)