Sunday, June 11, 2006

Topeng

Hampir seminggu saya tak update blog. Baru seminggu tapi terasa lama... seperti sudah mahu berkarat otak ni. Berfikir-fikir tentang pengisian blog.. Apa yang perlu saya tuliskan?? Ermmm tentang kerja? ermm mungkin tidak... saya tidak mahu sentuh langsung tentang pekerjaan yang saya lakukan disini... kerana bila saya dah mulakan pasti saya tak akan berhenti hehe.... nanti mulalah keadaan poyo menguasai diri kehkeh...

Peter Pan - Topeng

Ku dapat melintas bumi, Ku dapat merajai hari
Ku dapat melukis langit, Ku dapat buatmu berseri
Tapi ku dapat melangkah pergi
Bila kau tipu aku di sini, Ku dapat melangkah pergi

Kau dapat cerahkan aku, Kau dapat buatku berseri
Kau dapat buat ku mati, Kau dapat hitamkan pelangi
Tapi ku dapat melangkah pergi
Bila kau tipu aku di sini, Ku dapat melangkah pergi

Tapi buka dulu topengmu, Buka dulu topengmu
Biar ku lihat warnamu, Kan ku lihat warnamu


Pernahkah kalian mewujudkan jurang persahabatan kalian? Maksud saya, membezakan sahabat2 yang kalian kenal di alam nyata dengan teman2 maya kalian? umpamanya, anda menetapkan pada diri bahawa anda tidak boleh terlalu rapat dgn teman2 virtual anda? Tidak boleh terlalu rapat itulah jurang yang saya maksudkan. Mengapa ye tiba2 saya persoalkan ini... kerana bagi saya alam maya, internet dan yang sewaktu dgnnya hanya sebuah medium, kitalah yang mencorakkan hubungan tersebut.. kalau dimulakan dgn tipu helah.. anda pasti dpt meneka apa sudahnya bukan?

Ntah... saya tak membezakan... bagi saya jika seseorang itu jujur dalam menjalinkan persahabatan.. saya akan sambut dengan baik. Saya bukan orangnya yang gemar mengumpul musuh tetapi bila ada yang mengingatkan saya tentang 'status' tersebut, saya jadi pelik... Apa sebenarnya yang dia mahukan? Mahu menyakitkan hati saya sajakah? Ermm kalau itu yang dia mahukan... dia telah berjaya... menyakitkan hati saya.... hehe....

5 comments:

Anonymous said...

teringin gak nak nengok muke sndirik bile sarung topeng..camne agaknye??.... hmmm

Anonymous said...

Saya ambil ini sebagai ingatan. Saya sedar, manusia bertopeng itu adalah saya. Tapi terimalah kejujuran saya yang berladaskan keikhlasan. Demi menemani seorang teman.

Anonymous said...

hmmm...topeng???sy tidak suka pd mereka yg bertopengkan kejahatan...susah untuk diterima...sy lebih suka jika perkenalan itu dimulakan dengan kejujuran dan berkekalan sebagai persahabatan yg indah...kerana sy tidak pernah membezakan man-mana sahabat sy...cuma ada sedikit kisah dimasa lalu yg membuatkan sy sedikit berhati-hati...semoga persahabatan kita juga akan kekal NA...tq

Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! waypoint bank stock dancing with the stars news Tennis masters series rome

Anonymous said...

This is very interesting site... Girls in swimsuits being sprayed with water hose Renault clio dci joint levaquin pain