Sunday, April 23, 2006

Hidup yang mati dan Mati yang hidup

Ada yang bertanyakan apakah erti hidup? Ada tidak yang hidup tetapi sebenar dia mati dan yang mati tetapi sebenarnya, hidup?. Sesuatu yang menarik untuk dibincangkan.

Sebelum diteruskan, kita perlulah mendefinisikan perkataan hidup dan mati itu sendiri. Hidup adalah sesuatu yang memenuhi tuntutan keberadaannya atau kehidupannya sedangkan mati adalah sebaliknya iaitu sesuatu yang tidak dapat memenuhi tuntutan keberadaannya. Sebagai contoh seorang manusia yang mati dan dipanggil mayat, dia tidak dapat memenuhi tuntutan keberadaannya sebagai manusia, dia tidak dapat bergerak, tidak dapat makan, minum dan sebagainya, dan kita panggil dia sebagai orang yang sudah mati. Sebaliknya bagi manusia yang dapat bergerak dan dapat memenuhi tuntutan keberadaannya sebagai seorang manusia yang hidup.

Jika kita memahami definisi ini, kita akan dapat memahami erti hidup dan mati dengan lebih luas lagi. Kita ambil contoh, pokok durian yang tidak berbuah atau pokok bunga ros yang tidak mengeluarkan bunga, kita akan mengatakan pokok durian dan bunga ros itu pokok yang mati kerana ia tidak dapat memenuhi tuntutan keberadaanya sebagai pokok durian dan pokok bunga ros. Manusia pula dikurniakan akal dan ini yang membezakan mereka dengan tumbuhan dan haiwan. Manusia boleh dikatakan mati sekiranya tidak menggunakan akalnya dengan baik.

Apakah mayat saja yang dipanggil sebagai orang mati? Masih adakah lagi orang-orang yang bergerak dan berjalan tetapi sebenarnya mereka mati...? Ada? Mengapa? Ini kerana mereka tidak dapat memenuhi tuntutan keberadaan mereka sebagai manusia yang sentiasa memberi manafaat kepada dirinya dan orang-orang yang ada di sekelilingnya. Sebab itu kita panggil penagih dadah sebagai mayat hidup, kerana keberadaan mereka tidak memberi manafaat kepada diri mereka sendiri malah memudaratkan, baik pada diri mereka maupun pada masyarakat di sekelilingnya.

Pada keadaan lain pula... Perhatikan di dada2 akhbar kebelakangan ini. Berapa banyak kes2 rogol, bunuh, ragut, penipuan, jenayah kolar putih, biru dan pelbagai warna kolar lagi yang berlaku? kerana apa perkara ini terjadi? kerana... mereka mati... mati hati... mati jiwa...Pendapat anda pula.. bagaimana?

"...kerana cintaNYA.., saya masih lagi berdiri..."

1 comment:

Anonymous said...

hidup yg kekal abadi, hidup yg perlu kita kejar dan cari dan adalah kehidupan selepas mati. hidup kala kita 'hidup' skrg ini bukanlah kehidupan hakiki.

hidup kak sya! :)

lans