Wednesday, April 26, 2006

Sesuatu dari hati

Saya masih lagi mencuba... untuk menuliskan sesuatu tentang sahabat saya. Memang semenjak berita pemergiannya saya ketahui tempoh hari, saya tak mampu untuk mengeluarkan apa2 tentangnya. dan.. hari ini saya akan cuba.

Saya tak pasti bila saya mengenali dia. Tapi apa yang pasti saya mengenalinya melalui kawan saya. Katanya dia membaca blog saya menerusi pautan blog kawan saya. Dan kemudian kami bertukar link blog dan sekali sekala berbual di YM. Di mata saya dia merupakan sahabat yang prihatin tentang teman2nya. Dia suka berkongsi cerita tentang masa lalu dan harapan masa hadapan, walau hakikatnya dia sedar akan kesirnaan masa depannya. Ermm terasa sayu pula bila diingat kembali.

Ahhh... saya rasa saya tak mampu utk meneruskan penulisan. Cukuplah saya katakan... yang kehilangannya turut saya rasa kesannya.

"Al Fatihah untuk Allahyarham Ghazalee Ali
[ http://hatikubicara.blogspot.com ]
Yang telah kembali ke Rahmatullah
pada 18 Rabiul Awal 1427H -- 17 April 2006.
Moga arwah tenang bersemadi di sana dan ditempatkan dikalangan yang beriman"

2 comments:

Anonymous said...

alfatihah....

NUR said...

Semoga rohnya di cucuri rahmat