Sunday, July 31, 2005

Ahli sains temui planet ke-10

Penemuan berkenaan mungkin memaksa buku teks sekolah ditulis semula

LOS ANGELES: Seorang ahli astronomi Amerika Syarikat mendakwa beliau menemui planet ke sepuluh dalam sistem solar yang akan menyebabkan ahli sains perlu melakar semula peta astronomi.

Jika perkara itu benar, penemuan Mike Brown dari Institut Teknologi California akan menjadi planet yang pertama sejak penemuan Planet Pluto dikenal pasti pada 1930 yang menjadi planet kesembilan yang mengelilingi matahari.

“Ambil pen anda. Mulai hari ini tulis semula buku teks,” kata Brown, profesor astronomi planet ketika mengumumkan planet ke-10 dalam sistem solar itu sebagai lebih besar daripada Pluto.Brown berkata, planet itu paling jauh yang pernah ditemui dari orbit yang mengelilingi matahari iaitu kira-kira 15 bilion kilometer dari Bumi.

“Ia mungkin satu setengah lebih besar dari saiz Pluto,” katanya dalam temubual telefon dari CalTech, di Pasadena, Los Angeles.

Ia dianggarkan kira-kira 97 kali lebih jauh dari matahari berbanding Bumi dan dinamakan sebagai ‘2003-UB313’ serta yang ketiga lebih menyinar dalan lingkaran Kuiper.

Sehingga kini belum dapat dipastikan saiz sebenar planet baru itu tetapi kecerahan serta jaraknya dianggarkan sekurang-kurangnya sebesar Pluto dengan diameter 2,302 kilometer.

“Kami 100 peratus yakin bahawa ia objek pertama yang lebih besar daripada Pluto pernah ditemui di dalam sistem solar,” katanya.Penemuan oleh Brown bersama rakannya, Chad Trujillo dari Makmal Cerapan Gemini di Mauna Kea, Hawaii dan David Rabinowitz dari University Yale pada 8 Januari lalu akan memberi tambahan baru kepada sistem cakerawala.

Planet itu pertama kali ditemui pada 31 Oktober 2003 menggunakan Teleskop Samuel Oschin di Makmal Cerap Palomar di San Diego, California.

Ahli astronomi terbabit mengemukakan cadangan untuk nama planet itu kepada badan sains kerajaan, International Astoronomical Union dan menunggu keputusan badan itu sebelum membuat pengumuman. – AFP

---------------------------------------------------------------------

Aku cukup tertarik dengan apa yang aku baca di akhbar Berita Minggu hari ni. Artikal di atas aku ambil dari arkib Berita Harian. Akhir2 ini kita sering digemparkan dengan berita bom sana sini khasnya di luar lingkaran negara kita manakala di ruang lingkup negara kita sendiri rata2 akhbar sering memperkatakan isu AP (Termasuk isu Ayah Pin kuikuikui sampaikan di Redang pun aku disajikan dengan Tayangan ala2 dokumentari Ayah Pin ni huhu)... Isu2 panas dan hangat diperkatakan sekarang ini mungkin menenggelamkan berita atau informasi2 yang lebih penting utk kita proses dan seterusnya ditanam dalam minda kita. Banyak lagi yang ingin dikongsi bersama... tapi aku rasa better tengok sendiri kat e-paper tu ahak ahak (Jangan marah ye keke)... Oh ya.. sedikit lagi lanjutan informasi dari keratan berita di atas.....

  • Planet Ke-10 ditemui

  • Planet pertama dikesan sejak penemuan Planet Pluto pada 1930 .

  • Planet itu pertama kali ditemui pada 31 Oktober 2003 menggunakan Teleskop Samuel Oschin di Makmal Cerap Palomar di San Diego, California

  • Penemuan baru memaksa buku teks ditulis semula

  • Planet ke-10 lebih besar daripada Pluto

  • Terletak kira-kira 15 bilion kilometer dari Bumi.

  • Penemuan menghampiri kenyataan dalam al-Quran yang menyatakan kewujudan 11 planet.


  • Begitu sempitnya waktu.... Begitu besarnya cinta.... -Ungu Violet

    No comments: