Monday, July 25, 2005

Tarian Hidup

"Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup itu sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan untuk kita."


Aku masih lagi tak boleh nak update tentang Redang sebab kabel utk upload gambar masih lagi tiada pada aku. hehe ntah bila emy nak kasik, aku sendiri tatau. Tapi takpe... bukan sesuatu yang sangat penting kan... priority come first rite ?

Gembira menerima satu berita... berita tentang seorang sahabat yang ingin menari kembali.... Tahniah buat ani kerana ingin menulis semula... Semoga tarianmu lebih bermakna kini......

Sebenarnya banyak benda nak aku tulis.... tapi jari2 aku seolah kaku... tidak tahu untuk memulakan rentak tariannya.... Bosan? Penat? Lesukah aku? Mungkin masih lagi bingung dengan apa yang berlaku.... Masih cuba menyesuaikan keadaan diri dengan perkara2 yang datang padaku. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menyedut udara pagi.... Segar... Semoga aku lebih mengerti dan tahu menilai hati budi insan2 di sekelilingku.....

No comments: